Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Pixel 4 Dan 4XL Diperkenalkan Secara Rasmi Pada 15 Oktober Ini

Google Pixel 4 Dan 4XL Diperkenalkan Secara Rasmi Pada 15 Oktober Ini

Diterbitkan September 17, 2019 oleh irfan suhaimee

Google secara rasminya mengumumkan akan melancarkan peranti mercunya yang terbaru iaitu Google Pixel 4 Dan Pixel 4XL pada 15 Oktober ini.

Google Pixel 4 Dan 4XL Diperkenalkan Secara Rasmi Pada 15 Oktober Ini

Pihak Google telah menghantar jemputan kepada para media ke acara pelancaran khas namun pihak Google masih belum memberikan maklumat penuh mengenai acara tersebut dan hanya menyatakan tarikh(15 Oktober) dan tempat di mana ia akan berlangsung di New York.

Menururt beberapa pengkhabaran yang tidak rasmi mengenai spesifikasi peranti ini, ia dijangka akan dengan saiz skrin 5.8 inch AMOLED untuk Pixel 4 dan 6.3 Inch AMOLED untuk Pixel 4XL dan kedua-duanya hadir dengan skrin “refresh rate” 90hz seperti yang terdapat pada Oneplus 7 Pro.

Ia juga dijangka hadir dengan kapasiti bateri 2800 mAh bagi Pixel 4 dan 3700 mAh bagi Pixel 4XL. Apa yang sentiasa menarik minat pengguna bagi peranti keluaran Google ini pastinya mengenai kamera. Ia dikatakan hadir dengan dua kamera utama dan mempunyai bentuk seakan kamera Iphone 11 Pro.

https://www.youtube.com/watch?v=KnRbXWojW7c#action=share

Antara inovasi terbaru yang dijangka hadir pada peranti ini ialah ia akan hadir dengan sensor kawalan gesture yang dipanggil dengan nama “Motion Sense” yang mampu mengawal penukaran lagu, menjawab atau menolak panggilan telefon, mematikan alarm dan pelbagai lagi.

Walaupun terdapat pelbagai spekulasi mengenai peranti ini, mungkin pihak Google akan ada kejutan yang lebih besar pada acara pelancaran yang akan berlangsung lebih kurang sebulah sahaja lagi.

 

Sumber:gsmaren

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY