Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Gen Y Khususnya Lelaki Didapati Lebih Mudah Di ‘Scam’ Menurut Penyelidik

Hati-Hati Jika Anda Ada Terima E-mel Dari “Pegawai TM”

Diterbitkan Mac 14, 2022 · Dikemas kini Mac 14, 2022 oleh ariff bukhari

Telekom Malaysia (TM) baru-baru ini telah mengeluarkan amaran kepada para penggunanya untuk berhati-hati jika mereka ada menerima e-mel yang menggunakan nama pegawai TM.

Ditambah lagi kandungan e-mel itu turut mengandungi arahan dan pautan yang mencurigakan dan meminta maklumat peribadi penggunanya.

TM menegaskan bahwa e-mel tersebut adalah palsu dan tidak benar.

Hati-Hati Jika Anda Ada Terima E-mel Dari “Pegawai TM”

TM menyatakan bahwa pihak mereka tidak akan meminta maklumat peribadi para pelanggannya melalui e-mel. ​

Ekoran itu, TM meminta jika ada antara pelanggan mereka yang menerima e-mel seperti itu untuk segera hubungi pihak TM jika mereka mempunyai sebarang keraguan mengenai komunikasi yang diterima mereka sebagai sahih atau pun tidak daripada TM. ​
TM menasihatkan pengguna supaya lebih berhati-hati apabila menerima sebarang e-mel atau pautan dari sumber yang diragui.
Sumber: TM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY