Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Jangan Muat Turun ‘Cheat’ Valorant Ini, Ada Perisian Hasad Yang Berbahaya

Jangan Muat Turun ‘Cheat’ Valorant Ini, Ada Perisian Hasad Yang Berbahaya

Diterbitkan Mac 14, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Valorant ialah salah satu permainan first-person shooter yang terkenal dalam komuniti pemain. Namun, sudah menjadi lumrah, mereka yang tidak mempunyai kemahiran mencukupi akan menggunakan pelbagai cara untuk kekal relevan.

ASEC, penganalisis keselamatan Korea mendapati terdapat usaha menyebarkan malware melalui ‘description’ di YouTube yang menyasarkan mereka yang menggunakan cheat dalam Valorant.

Penganalisis berkongsi bahawa pemangsa meletakkan pautan di ruang ‘description’ pada video YouTube yang diiklankan sebagai bot untuk Valorant namun sebenarnya perisian hasad RedLine.

Jangan Muat Turun ‘Cheat’ Valorant Ini, Ada Perisian Hasad Yang Berbahaya

Dalam video yang memaparkan cheat dan bot tersebut, pengguna diminta untuk mematikan fungsi antimalware. Ia juga mengiklankan pautan disediakan ialah cheat yang membantu pemain menewaskan musuh dengan mudah melalui ciri auto aim.

RedLine merupakan malware yang berkuasa, antara maklumat yang dicuri termasuklah maklumat asas komputer (alamat IP, versi Windows), data daripada pelayar (kata laluan, AutoFill, nombor kad kredit), dompet mata wang kripto, klien VPN, maklumat daripada FileZilla, Discord dan banyak lagi.

Jadi, jika anda salah seorang daripada mereka yang sering menggunakan bot dan mencari cheat, berjaga-jagalah kerana setiap klik boleh membawa pada musibah besar.

Sumber: bleeping computer

Baca juga:

  • Perisian Hasad Android Ini Menyamar Disebalik Nama Aplikasi Antivirus
  • Cara Menyekat Perisian Hasad Tanpa Memerlukan “Anti Virus”
  • Buang Segera 2 Aplikasi Ini, Perisian Hasad TeaBot Kembali Menyerang Play Store

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY