Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Akan Lancar Android 16 Lebih Awal

Google Akan Lancar Android 16 Lebih Awal

Diterbitkan November 1, 2024 oleh Rushsyafizal

Google kini mengesahkan khabar angin bahawa Android 16 akan dilancarkan lebih awal daripada kebiasaan. Versi penuh kemas kini tersebut dijangka keluar pada suku kedua 2025, antara April hingga Jun, bagi menyelaraskan jadual pelancaran peranti dalam ekosistem Android.

gsmarena_001 (10)

Kemas kini ini bertujuan untuk memastikan peranti baharu, seperti Pixel 10 yang dijangka tiba pertengahan tahun hadapan, dilancarkan dengan Android baharu ini pada hari pertama. Begitu juga dengan peranti boleh lipat generasi baharu Samsung yang dijangka keluar pada Julai 2024. Tahun ini, kita lihat yang siri Pixel 9 didatangkan dengan Android 14 disebabkan versi Android 15 belum rasmi.

Selain itu, Google turut merancang keluaran kedua Android pada suku keempat 2025, yang dijangka sekitar Oktober hingga Disember. Keluaran ini akan menjadi versi kecil atau Android 16.1, yang akan membawa kemas kini ciri, penambahbaikan prestasi, dan pembaikan pepijat sejak keluaran utama Android 16.

Pendekatan baharu ini dijangka memberikan manfaat kepada pengguna dan pengeluar dengan pelancaran OS yang lebih segar dan kerap, memastikan peranti terkini sentiasa mendapat sokongan serta peningkatan ciri yang lebih pantas dan berkesan.

Berkaitan

  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • KTMB Beralih Ke Sistem Pembayaran Tanpa Tunai Sepenuhnya Mulai 1 Januari 2025
  • Asus ROG Phone 9 Pro Dikhabar Hadir Dengan Skrin 185Hz
  • WhatsApp Tambah Ciri Baharu Dalam Penapis Sembang
  • Kedai Rasmi Infinix Kini Di Plaza Low Yat, Tawar Promosi Eksklusif

Sumber: Android

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY