Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Gogoro Umum Bateri Lithium Seramik Solid State Boleh Silih Untuk Kenderaan Elektrik Pertama Di Dunia

Gogoro Umum Bateri Lithium Seramik Solid State Boleh Silih Untuk Kenderaan Elektrik Pertama Di Dunia

Diterbitkan Mac 9, 2022 oleh ariff bukhari

Syarikat peneraju bateri boleh silih (swap) dari Taiwan, Gogoro Inc. telah mengumumkan kehadiran prototaip bateri solid state boleh silih untuk kenderaan elektrik (EV) yang pertama di dunia.

Bateri boleh silih itu dibangunkan Gogoro dengan kerjasama ProLogium Technology yang merupakan sebuah syarikat peneraju global dalam pembangunan bateri lithium seramik solid state.

Gogoro menyatakan, bateri lithium seramik solid state merupakan generasi bateri terbaru masa hadapan yang bakal digunakan dalam industri. Sekaligus menggantikan jenis bateri lithium-ion yang banyak digunakan ketika ini.

Gogoro Umum Bateri Lithium Seramik Solid State Boleh Silih Untuk Kenderaan Elektrik Pertama Di Dunia

Gogoro menganggarkan, bateri lithium seramik solid state akan meningkatkan kapasiti bateri sehingga 140% atau lebih, dari hanya 1.7 kWh kepada 2.5 kWh berbanding kapasiti bateri lithium-ion.

Gogoro bukan sahaja membangunkan bateri, tetapi juga merupakan pengeluar skuter elektrik sejak 2011 lagi.

Mereka mengeluarkan pelbagai model skuter elektrik serta bekerjasama dengan pelbagai syarikat permotoran antarabangsa seperti YAMAHA, Yadea dan Haojue bagi menawarkan platfom pengecasan bateri khusus untuk skuter elektrik.

Gogoro Umum Bateri Lithium Seramik Solid State Boleh Silih Untuk Kenderaan Elektrik Pertama Di Dunia

Sumber: Gogoro

Baca juga:

  • Pengeluar Kereta Elektrik Dari China Tewaskan Tesla Dari Segi Jumlah Pengeluaran Kenderaan Tahun Ini
  • “Bukan Ada Orang Tengok Pun” Elon Musk Merajuk Tesla Tidak Disebut Biden Dalam Ucapan Tahunan
  • Ketua Reka Bentuk Tesla Kritik Apple, Katanya Rekaan Peranti Apple Dah Tak Menarik

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY