Gmail Dengan Reka Bentuk Baharu Bakal Dilancarkan

Google Inc, syarikat yang menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan servis dan produk berkaitan internet telah mengumumkan bahawa mereka sedang dalam proses untuk melancarkan laman sesawang Gmail dengan reka bentuk baharu tidak lama lagi. Perkara ini disebarkan dengan menghantar kiriman emel kepada para pengguna bagi jenama dibawah naungan mereka, G Suite.



Dalam kiriman emel tersebut, pihak Google ada memberitahu berkenaan beberapa ciri dan fungsi terbaru yang bakal disediakan bagi pengguna Gmail versi sesawang. Antaranya ialah reka bentuk yang baharu selain pengguna bakal diberi kemudahan untuk mengakses aplikasi-aplikasi G Suite seperti Google Calendar melalui Gmail.

Tambahan pula, dengan kemaskini laman Gmail pada sesawang yang baru ini, ciri Smart Reply akan dapat digunakan seperti yang terdapat pada versi mudah alih. Dalam pada masa yang sama, pengguna juga kini boleh memilih untuk menunda emel masuk dan menetapkan masa untuk emel tersebut muncul semula.

Walaubagaimanapun, pihak Google masih belum membuat kenyataan rasmi berkenaan perkara ini serta tarikh kemaskini ini akan dilancarkan.

Sumber