Aplikasi PhotoScan Dari Google Ini Tidak Sehebat Yang Dijangka

Selasa yang lepas Google melancarkan aplikasi yang bernama PhotoScan, sebuah aplikasi yang mampu mengembalikan gambar lama anda dalam bentuk digital. Sebelum ini sudah terdapat beberapa aplikasi scanner lain yang mampu berfungsi dengan cara yang sama, namun jika dilihat kebanyakkan aplikasi seperti ini tidak 'reliable'. Ini kerana, pencahayaan perlu betul, jika tidak anda terpaksa berdepan dengan masalah 'over exposed' dan 'glare' di dalam gambar anda.

Jadi, apa yang lainnya dengan PhotoScan dari Google ini? Aplikasi ini mengambil 4 gambar sekaligus dan melekatkan menjadi satu imej komposit. Menurut Google, PhotoScan juga membuat sedikit pelarasan untuk mengembalikan warna dan ketajaman gambar lama. Ianya juga mampu meluruskan kembali gambar print yang mempunyai kesan lipatan.

Aplikasi ini sangat menarik perhatian kami jadi Wiser.my ingin mencuba dengan sindiri. Kami sendiri tidak mempunyai gambar print lama bersama kami ketika ini kecuali satu gambar seorang kawan kami sewaktu di OTC Asia pada awal tahun ini. Gambar print yang tidaklah lama, mempunyai warna yang pekat dan terang namun jika dilihat gambar ini mempunyai kesan lipatan. Gambar di bawah ini kami ambil menggunakan telefon HTC10.

imag0083-1

Di bawah pula adalah contoh gambar yang telah diproses menggunakan PhotoScan. Jika dilihat perbandingan agak ketara. PhotoScan mencerahkan gambar anda namun kecerahan yang begitu terang langsung tidak membantu. Google mendakwa aplikasi ini dapat membuang kesan lipatan lama namun ianya kelihatan lebih jelas pula oleh kerana 'light exposure' yang berlebihan. Dan secara jujurnya, kami lebih suka dengan gambar yang diambil oleh kamera telefon jika nak dibandingkan antara kedua-dua gambar ini.

1479373920590-5978bb21-2299-4686-b761-68be7612892a

 

Mungkin hasil akan berlainan jika anda mengambil gambar hitam putih atau gambar lama yang sudah pudar warnanya. Tetapi kami sendiri tidak mempunyai gambar hitam putih bersama kami. Anda juga tidak boleh merubah posisi tangan anda semasa proses 'scanning' ,jadi hasil mungkin berlainan. Tetapi setakat ini, hasil yang kami dapat sangat mendukacitakan.

Apa pandangan anda?

 

[embed]https://www.youtube.com/watch?v=MEyDt0DNjWU[/embed]