Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Gen 6 Jadi Jam Pintar Terakhir, Fossil Umum Keluar Dari Pasaran Jam Pintar

Gen 6 Jadi Jam Pintar Terakhir, Fossil Umum Keluar Dari Pasaran Jam Pintar

Diterbitkan Januari 30, 2024 ยท Dikemas kini Januari 30, 2024 oleh ariff bukhari

Selepas 20 tahun dalam industri jam pintar, Fossil mengumumkan bahawa mereka akan keluar dari pasaran tersebut.

Perkara itu dimaklumkan oleh Jeff Boyer, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi Fossil ketika bercakap kepada The Verge.

“Memandangkan landskap jam tangan pintar telah berkembang dengan ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kami telah membuat keputusan strategik untuk keluar daripada perniagaan jam tangan pintar,”

Namun begitu Boyer berkata, mereka akan terus mengemas kini jam tangan Wear OS sedia ada untuk beberapa tahun akan datang.

Fossil telah menjadi salah satu pembuat jam tangan pintar Wear OS yang paling produktif selama bertahun-tahun, dan ketiadaannya akan meninggalkan jurang yang besar di pasaran.

Gen 6 Jadi Jam Pintar Terakhir, Fossil Umum Keluar Dari Pasaran Jam Pintar

Hadir dengan model jam pintar pertamanya, Wrist Net pada tahun 2004 dahulu, yang dibuat khas untuk MSN Direct, jam pintar Gen 6 mereka yang dilancarkan pada 2021 pula menjadi jam pintar terakhir dikeluarkan Fossil.

Fossil Gen 6 Smartwatch
Fossil Gen 6 Smartwatch Green Camo.

Anda masih boleh membeli jam pintar Fossil dari stor rasmi di Shopee dan Lazada.

Shopee: https://invl.io/clknoih

Lazada: https://invol.co/clknoin

Berkaitan

  • (Ulasan) HONOR Watch GS 3 - Jam Pintar Elegan Dan Premium, Harga Boleh Tahan
  • (Ulasan) Garmin Venu SQ 2 Music Edition - Spesifikasi Dipertingkat, Harga Lebih Mahal
  • (Ulasan) Huawei Watch GT 4 - Ada Gaya, Ciri Pun Kaya

Sumber: Digital Trends, The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY