Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
GeminiEnterprise_CollectionHer.max-2000×624.format-webp (1)

Gemini Enterprise Dilancarkan, Platform Ejen AI Untuk Naikkan Produktiviti Perniagaan

Diterbitkan Oktober 10, 2025 · Dikemas kini Oktober 10, 2025 oleh ariff bukhari

Google Cloud melancarkan Gemini Enterprise, sebuah platform agen AI paling menyeluruh untuk organisasi moden.

Dibina atas teknologi Gemini terkini, platform ini menyatukan model AI, agen pintar, dan sistem dalam satu antaramuka perbualan yang intuitif.

Hero Image 1 – Gemini Enterprise interface – 10 Oct 2025 (1)
Platform ini dikuasakan oleh model Gemini Google yang paling maju, membentuk ‘otak’ sistem, dan menyediakan kecerdasan bertaraf dunia untuk setiap tugas.

Gemini Enterprise membolehkan pekerja mencipta dan mengurus agen AI tanpa kod, menyambungkan data dari Google Workspace, Microsoft 365, Salesforce dan SAP.

Ia juga dilengkapi agen sedia guna seperti Deep Research dan Idea Generation, serta agen Data Science baharu untuk analisis data mendalam.

Gemini Enterprise hadir untuk mengubah cara anda bekerja dengan membawa Google AI kepada setiap pekerja.

Ia menghubungkan kerja, data, dan orang anda dalam satu tempat, supaya anda boleh membina ejen AI untuk mengautomasikan tugas.

Platform ini bukan sekadar chatbot, ia mengautomasikan aliran kerja kompleks dan mempercepatkan transformasi digital dalam sesebuah organisasi.

Image – Core components of Gemini Enterprise – 10 Oct 2025

Pelbagai syarikat terkemuka seperti Macquarie Bank dan Mercedes-Benz telah mula menggunakannya untuk meningkatkan produktiviti dan impak strategik.

Dengan sokongan lebih 100,000 rakan kongsi dan program latihan seperti Google Skills dan GEAR iaitu platform latihan baharu menyeluruh yang  tersedia secara percuma bakal menjadikan Gemini Enterprise pintu utama kepada era AI tempat kerja yang lebih pintar dan terbuka.

Ditawar dalam bentuk langganan, Gemini Enterprise berharga USD30/bulan.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • ChatGPT Go Kini Rasmi Di Malaysia – Pelan Langganan Mampu Milik Pada Harga RM38.99/bulan
  • Microsoft Perkenal OneDrive Serba Baharu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY