Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Siri Samsung Galaxy S21 Akan Diperkenalkan Pada Januari 2021, Ini Adalah Rekaan Yang Diperlihatkan

Siri Samsung Galaxy S21 Akan Diperkenalkan Pada Januari 2021, Ini Adalah Rekaan Yang Diperlihatkan

Diterbitkan Oktober 19, 2020 oleh Meor Hasyim

Tahun kian menghampiri 2021 dan sudah tiba masanya kitaran telefon mercu bermula kembali.

Untuk Samsung, mereka akan memperkenalkan Galaxy S21 dan S21 Ultra sebagai pengganti kepada siri Galaxy S20.

Antara perubahan utama yang diberikan kepada siri Galaxy S21 ini adalah pada bahagian belakangnya. Ini adalah kerana ia menggunakan rekaan modul kamera sedikit berbeza berbanding siri Galaxy S20.

Seperti yang diperlihatkan, modul kamera ini mengembangkan besi(?) ke bahagian tepi yang seolah-olah seperti pelindung. Rekaan ini walau bagaimanapun mungkin tidak kena untuk sesetengah peminat.

Galaxy S21

Kelihatannya Samsung akan mengekalkan rekaan paparan rata pada Galaxy S21 seperti mana S20. Tiada perubahan rekaan lain seperti bahagian hadapan yang masih menggunakan lubang kamera dia tengah.

Siri Samsung Galaxy S21 Akan Diperkenalkan Pada Januari 2021, Ini Adalah Rekaan Yang Diperlihatkan

Galaxy S21 dikatakan akan hadir dengan skrin 6.2 inci. Termasuk modul kamera, ia akan mempunyai tebal 9mm. Secara keseluruhannya, dimensi fizikal S21 adalah sama sahaja dengan Galaxy S20 awal tahun ini.

Galaxy S21 Ultra

Kita semua tahu varian Ultra adalah merupakan versi paling berkuasa dan paling berteknologi dari untuk siri S. Untuk Galaxy S21 Ultra, perkara yang lebih jelas berbeza adalah modul kamera yang sama namun ia lebih tebal.

s21 ultra

Malah jika dilihat dari dimensi, tebal keseluruhan termasuk modul kamera adalah setinggi 10.8mm. Selain itu, S21 Ultra juga sedikit berbeza dengan S21 biasa kerana ia mungkin menggunakan skrin melengkung.

Siri Galaxy S21 ini diura-urakan pelancarannya pada Januari 2021. Ini adalah sedikit awal jika melihat kepada pengenalan siri S yang kebiasaannya hadir sekitar bulan Februari ataupun Mac.

Sumber: Onleaks

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY