Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung – Galaxy Note 21

Gambaran Awal Samsung Note Baharu Dikongsikan, Mungkin Dilancar Tahun 2022

Diterbitkan Ogos 2, 2021 oleh Amsyar Latif

Siri Galaxy Note sememangnya mempunyai peminat mereka yang tersendiri. Selain spesifikasinya, ia turut popular disebabkan penggunaan S-Pen. Bagaimanapun, Samsung telah mengesahkan bahawa tiada Galaxy Note baharu, mungkin dinamakan Galaxy Note 21 yang akan dilancarkan pada tahun ini.

Malah, khabar angin sebelum ini juga menyatakan Galaxy Note 21 akan menjadi peranti terakhir dalam siri tersebut. Ramai berpendapat strategi Samsung itu disebabkan peranti mereka yang lain sudah mula menyokong S-Pen dan mungkin mereka mahu memfokuskan telefon lipat.

Galaxy Note petisyen

Oleh yang demikian, SamMobile telah melancarkan petisyen agar Samsung memperkenalkan Galaxy Note 21 sekitar pertengahan tahun 2022. Setakat ini, sekitar 28 ribu peminat sudah pun menandatangani petisyen tersebut. Bermakna, masih ramai yang mahukan telefon ikonik Samsung ini.

Samsung Galaxy Note

Tambahan lagi, letsgodigital juga berkongsikan gambaran awal bagaimana rekaan Galaxy Note 21 jika ia dilancarkan nanti. Sekiranya Note 21 ini menjadi siri yang terakhir, pasti ia akan terus kekal diingati oleh peminat Samsung.

Apakah pendapat anda tentang siri Samsung Galaxy Note? Adakah anda bersetuju jika Samsung tidak lagi mengeluarkan siri tersebut? Hal ini kerana siri Galaxy Z Fold dan Galaxy Z Flip belum lagi berada pada harga yang mampu milik berbanding siri Note.

Sumber: letsgodigital

Baca juga artikel berkaitan:

  • Samsung Galaxy Watch4 Diperlihatkan, Guna WearOS
  • Atlet Ke Sukan Olimpik Tokyo Terima Samsung Galaxy S21 5G Edisi Olimpik
  • Mungkin Ini Harga Bagi Samsung Galaxy Z Fold3 Dan Galaxy Z Flip3

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY