Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Galaxy Buds Terima Kemaskini Baru, Sokong Pelbagai Sambungan Seperti Buds+

Galaxy Buds Terima Kemaskini Baru, Sokong Pelbagai Sambungan Seperti Buds+

Diterbitkan April 28, 2020 oleh Amalina Athman

Samsung Electronics telah mengumumkan kemaskini terbaru pada Galaxy Buds bermula hari ini. Melalui kemaskini tersebut, pengguna Galaxy Buds akan menerima beberapa ciri-ciri baru yang sebelum ini hanya terdapat pada Galaxy Buds+.

Kemaskini Galaxy Buds

Antara ciri baru tersebut termasuk fungsi Microsoft Swift Pair, yang membolehkan Galaxy Buds dipasang pada PC Windows 10. Dengan penambahan keserasian Swift Pair, Galaxy Buds kini menyokong sambungan pelbagai peranti yang sebelum ini hanya terdapat pada Galaxy Buds+, di mana ia membolehkan anda beralih sambungan antara peranti dengan lebih mudah.

Selain itu, terdapat fungsi Ambient Sound secara automatik. Ini bermakna, dengan hanya meletakkan Galaxy Buds di telinga, fungsi ini akan diaktifkan secara automatik. Sebagai tambahan, Ambient Sound ini turut menyokong dengan hanya menggunakan sebelah fon telinga sahaja.

Bagi pengguna Spotify, anda kini boleh memainkan semula lagu dengan lebih mudah melalui fungsi ‘Tap & Hold’. Perkara sama juga boleh dilakukan bagi memainkan lagu dari senarai main yang lain.

Sumber: Samsung Newsroom

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY