Anda guna gadget yang boleh diguna bersama kad SIM tetapi penggunaan Internetnya terlalu sedikit untuk dilanggan bersama pelan?
Mungkin juga penat asyik buka hotspot untuk peranti anak sampai telefon jadi panas?
Digi ada menyediakan satu perkhidmatan yang bernama Gadget SIM. Anda boleh masukkannya pada mana-mana peranti dan ia akan menggunakan kuota internet daripada talian utama (principal).
Tatal ke bawah untuk tahu lebih lanjut.
{snap}
Apa benda Gadget SIM?
Ia satu kad SIM tambahan yang dilanggan melalui pelan pascabayar Digi tertentu dengan langganan RM10/bulan.
Anda akan dapat kad SIM dan ia mempunyai nombornya sendiri. Ia sesuai digunakan untuk peranti yang selalu gunakan hotspot anda atau peranti IoT yang perlukan internet semata-mata.
Untuk internet, ia tidak mempunyai kuota sendiri kerana akan menggunakan kuota data daripada principal line. Semacam hotspot, tapi ia hadir dalam bentuk kad SIM.
Kalau anda selalu sambungkan peranti B pada hotspot peranti A, maka Gadget SIM adalah penyelesaiannya. Masukkan saja kad SIM pada peranti B, tak perlu lagi ia tersambung pada hotspot telefon.
{snap}
Apa yang boleh saya buat dengannya?
Anda boleh masukkan dalam apa-apa peranti elektronik yang sokong kad SIM seperti telefon, tablet, penjejak kenderaan, barang IoT, peranti pintar rumah dan lain-lain.
Gadget SIM juga tidak perlu dilanggan dengan pelan berasingan atau lain-lain.
Selain internet, ia juga boleh terima SMS seperti TAC, kod OTP untuk tujuan perbankan misalnya.
Melalui aplikasi MyDigi, anda juga boleh tetapkan had penggunaan data pada Gadget SIM tadi.
{snap}
Apa yang saya tidak boleh buat dengannya?
Gadget SIM ini terhad pada 2 penggunaan saja iaituĀ internet dan terima SMS.
Anda tidak boleh melakukan panggilan mahupun terimanya. Penghantaran dan penerimaan MMS, penghantaran SMS, roaming, IDD dan tambah nilai internet juga sama tidak boleh dilakukan.
{snap}
Saya tak perlu beli kuota internet untuk kad SIM ini?
Ya, anda tidak boleh/perlu beli pas khas untuk Gadget SIM ini kerana ia menggunakan kuota talian utama.
Anda juga tidak perlu beli hotspot kerana internet anda terhubung terus daripada kad SIM.
Maklumat terperinci berkenaan perkongsian internet daripada talian utama ada di SINI.
{snap}
Apa beza dengan talian ‘supplementary’?
Supplementary line berfungsi seperti nombor telefon biasa, cuma ia dibayar dalam satu bil bulanan dengan talian utama.
Kekurangan Gadget SIM ialah anda hanya boleh guna internet dengan kuota principal line danĀ terima SMS. Anda juga tidak boleh buat/terima panggilan, hantar SMS, MMS, IDD dan roaming.
Namun, harga Gadget SIM rendah iaitu RM10/bulan. Gadget SIM sesuai untuk peranti IoT, rumah pintar, penjejak (tracker), telefon atau tablet yang anda tak guna untuk call.
{snap}
Pelan mana yang boleh guna Gadget SIM ini?

Hanya pelan Digi Postpaid 60 dan ke atas saja layak menambah Gadget SIM ke dalam langganan.
Setiap talian principial pula hanya boleh menambah sehingga 6 talian tambahan termasuklah Gadget SIM.
{snap}
Macam mana nak guna?
Selepas dapat Gadget SIM, anda perlu buka aplikasi MyDigi, tekan ‘Share My Internet’ untuk tetapkan had kuota datanya (berdasarkan kuota talian principal).
Setelah aktif, gunakan kad SIM tadi seperti biasa pada peranti anda mahu tanpa perlu tetapan berlebihan.
{snap}
Berapa kena bayar?
Harga langganannya ialah RM10 setiap bulan.
Dalam bil pertama, anda perlu bayar ekstra RM15 untuk yuran pemprosesan dan handling fee.
Bagi perkongsian kuota data, perkongsian kuota daripada talian utama adalah percuma untuk pelan pascabayar 2021 dan ke atas kerana ciri ini sudah termasuk secara automatik.
Bagi pelan sebelum 2021, anda harus bayar ekstra RM10 lagi untuk ciri perkongsian kuota. Maklumat lanjut ada di SINI.
{snap}
Di mana boleh saya dapatkan?
Anda boleh lakukannya secara dalam talian di laman web Digi dan di kedai Digi.