Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Fungsi Seperti Jam Pintar, Samsung Galaxy Ring Mungkin Hadir Tahun Depan

Fungsi Seperti Jam Pintar, Samsung Galaxy Ring Mungkin Hadir Tahun Depan

Diterbitkan Oktober 10, 2023 oleh Muhd Idham

Khabar angin akan kehadiran aksesori cincin pintar bukanlah sesuatu yang baharu di mana Samsung sebelum ini dilaporkan bakal menghasilkannya tahun ini.

Kini, cincin pintar daripada Samsung yang digelar Galaxy Smart Ring dikatakan akan membuat kemunculan pertamanya pada tahun depan.

Menurut The Elec, cincin pintar yang sepatutnya dijadual untuk dilancarkan pada awal 2024 kini ditunda pada Q3 atau Q1 2025 nanti.

Fungsi Seperti Jam Pintar, Samsung Galaxy Ring Mungkin Hadir Tahun Depan

Walaupun masih tiada maklumat yang sahih tentang kemampuan Galaxy Ring mahupun nama rasminya, ia dijangka akan mempunyai fungsi yang sama seperti Galaxy Watch yang membolehkan penggunanya mengesan tahap kesihatan dan kecergasan harian melalui penderia Photoplethysmography (PPG) yang akan mengesan kadar degupan jantung; lalu dipaparkan rumusannya di telefon pintar Samsung.

Screenshot 2023-10-10 102336

Tidak mustahil juga untuk Galaxy Ring mempunyai keupayaan NFC yang membolehkannya untuk dijadikan alat yang boleh menyokong Samsung Pay dan kaedah pembayaran mudah alih yang lain.

Model cincin pintar ini juga dijangka akan hadir dalam 4 jenis saiz jari yang berbeza dan bergantung juga kepada saiz jari pemakainya.

Berkaitan

  • Cara Aktifkan Ciri 'Flex Mode' Pada Telefon Pintar Boleh Lipat Samsung Galaxy Z Flip Dan Fold
  • Samsung Galaxy S23 FE Dilancar - Snapdragon 8 Gen 1, 8GB RAM
  • Samsung Pertimbang Tawar Kemas Kini Keselamatan Lebih Lama
  • Beli produk Samsung di Shopee: https://invl.io/clk0rig
  • Beli produk Samsung di Lazada: https://invol.co/clk0rim

Sumber: SamMobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY