Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Galaxy Z Fold5 Dan Flip5 Mungkin Dilancarkan Pada Julai Ini

Cara Aktifkan Ciri ‘Flex Mode’ Pada Telefon Pintar Boleh Lipat Samsung Galaxy Z Flip Dan Fold

Diterbitkan Jun 19, 2023 · Dikemas kini Jun 20, 2023 oleh ariff bukhari

Jika anda pengguna telefon pintar boleh lipat Samsung Galaxy seperti Z Flip 4, anda mungkin tidak sedar bahawa terdapat satu ciri yang membolehkan anda memanfaatkan ciri telefon pintar lipat tersebut.

Ciri itu dikenali sebagai ‘Flex mode‘ dan ia boleh digunakan pada aplikasi tertentu yang tersedia menyokong ciri tersebut.

Sebagai contoh, salah satu aplikasi yang menyokong ciri tersebut yang boleh anda cuba adalah pelayar Google Chrome.

Apabila anda cuba melipatkan separuh paparan Z Flip 4 seperti rajah di bawah ketika menggunakan aplikasi Google Chrome, anda akan dapati munculnya ikon untuk mengaktifkan ciri Flex mode.

Flex mode 2
Flex mode

Seterusnya, klik pada ikon tersebut dan anda akan dibawa ke bahagian Flex mode panel. Pada tetapan tersebut aktifkan ciri Flex mode pada Chrome.

Flex mode 3
Tetapan ini juga boleh diakses menerusi Settings > Advanced features > Labs > Flex mode panel.

Selepas diaktifkan, kembali pada pelayar Chrome dan anda sudah boleh menggunakan pelayar Chrome dengan ciri Flex.

 

Flex mode 4

Dalam mod ini, anda diberi lagi ciri tambahan yang lain menerusi ikon yang dipaparkan di bahagian bawah seperti tangkap layar, tetapan kadar cerahan skrin, dan ciri Touchpad.

Sebagai contoh apabila ciri Touchpad diaktifkan, anda boleh melayari laman sesawang dengan mengawal ikon tetikus seumpama ketika melayari laman sesawang pada komputer riba.

Juga menatal laman sesawang dengan menggunakan 2 jari sepertimana touchpad di komputer riba.

Flex mode 5

Untuk nyah aktifkan Flex mode, anda tap saja pada butang pangkah yang tertera.

Flex mode hanya tersedia untuk pengguna telefon pintar boleh lipat Samsung Galaxy sahaja seperti model Galaxy Z Flip4 dan Fold4. Walau bagaimanapun, tidak semua aplikasi tersedia menyokong ciri tersebut.

Jadi bagi anda yang menggunakan telefon pintar boleh lipat Samsung yang belum tahu kewujudan ciri Flex mode ini, bolehlah mencubanya sendiri.

Selamat mencuba.

Berkaitan

  • Bateri Z Flip4 Tidak Memuaskan, Semoga Z Flip5 Lebih Baik
  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Cara "Scroll" Video TikTok Secara Automatik

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY