Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Fungsi ‘Quick Resume’ Xbox Series S/X Lepas Ini Lebih Mudah

Posted on Mac 10, 2022

Salah satu perkara menarik dalam konsol terbaru Microsoft Xbox Series S/X ialah quick resume. Ia memudahkan anda untuk terus sambung bermain pada tempat kali terakhir anda mainkan game. Umpama checkpoint.

Selepas ini, ciri tersebut lebih menarik dan memudahkan kerana pengguna konsol tersebut boleh pin dua permainan video dalam kumpulan ‘quick resume’ menerusi kemas kini bulan Mac.

Ini bermakna, anda dapat bermain dua permainan dan menghentikan seketika satu permainan untuk bermain permainan yang lain. Hanya dua permainan yang dibenarkan berada dalam kumpulan Quick Resume. Jika anda ingin menambah satu lagi permainan, anda perlu menggantikannya dengan satu permainan yang sudah berada dalam kumpulan Quick Resume tersebut.

The Xbox dashboard, showing the Groups section. The Quick Resume group includes two tiles with a pin icon.

Pemain yang tidak selalu menggunakan ‘Share Button’ dengan kerap mungkin akan mendapatkan manfaat seperti merendahkan bunyi tingkat suara, membuka senarai rakan, membuka carian menu atau pencapaian anda.

Anda juga akan mendapati terdapat satu tetapan umum baharu untuk tingkat suara dan output audio untuk Xbox Series X/S dan Xbox One.

Microsoft juga meningkatkan prestasi pada alat kawalan Xbox One dengan sokongan bluetooth dan banyak fungsi lain yang tersedia untuk Elite Series 2 Controllers, Xbox Adaptive Controllers dan peranti lain melalui Xbox Accessories app untuk para pemain.

Sumber : Engadget

Baca juga :

  • Menteri Ukraine Gesa PlayStation & Xbox Sekat Akaun Rusia Sementara Waktu
  • Pengguna PS5 Dah Boleh Muat Naik ‘Screenshot’ Terus Ke Aplikasi, Macam Xbox
  • Selepas 20 Tahun Setia Dengan Playstation, Saya Cuba Main Xbox Series X & Ini Apa Yang Saya Rasa

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress