Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
xbox playstation

Menteri Ukraine Gesa PlayStation & Xbox Sekat Akaun Rusia Sementara Waktu

Diterbitkan Mac 4, 2022 oleh Amsyar Latif

Timbalan Perdana Menteri Ukraine, Mykhailo Fedorov dalam kenyataan terbaharu menggesa syarikat gaming seperti Microsoft dan Sony untuk menyekat akaun termasuk operasi mereka di Rusia.

Ia berikutan pencerobohan yang dilakukan Rusia terhadap mereka dan Ukraine meminta agar peperangan ini tamat dengan segera.

Tambahan lagi, beliau turut meminta penganjur e-sukan ESL untuk tidak membenarkan atlet Rusia dan Belarus daripada menyertai mana-mana kejohanan dan juga menghentikan sebarang pertandingan di Rusia.

@Xbox @PlayStation

You are definitely aware of what is happening in Ukraine right now. Russia declare war not for Ukraine but for all civilized world. If you support human values, you should live the Russian market! pic.twitter.com/tnQr13BsSv

— Mykhailo Fedorov (@FedorovMykhailo) March 2, 2022

Buat masa sekarang, belum pasti bagaimana Sony dan Microsoft untuk mengambil tindakan. Ini kerana Rusia bukanlah pasaran terbesar bagi kedua-dua konsol tersebut. Sebaliknya, Eropah dan Amerika Utara yang mempunyai jumlah pemain yang ramai.

Walau apa pun, sekiranya konflik Ukraine-Rusia ini berpanjangan, berkemungkinan besar makin banyak sekatan yang dikenakan terhadap Rusia nanti.

Sumber: polygon

Baca juga:

  • Dulu Sebahagian Dari Rusia, Kini Apple Ubah Wilayah Ini Di Bawah Ukraine

  • Demi Solidariti, EA Akan Buang Semua Kelab Rusia Dalam ‘Game’ FIFA

  • Apple Hentikan Semua Jualan Produk Mereka Di Apple Store Rusia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY