Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2023-12-21T165848.690

Fungsi Google Chrome Ini Akan Mudahkan Proses Tangkap Layar

Diterbitkan Disember 22, 2023 oleh Muhd Idham

Jika anda seorang yang sering menonton video di platform YouTube, anda mesti pernah mengalami situasi di mana anda ingin menyimpan gambar panorama, lukisan, haiwan dan lain-lain yang ditayangkan dalam sesuatu video itu.

Antara inisiatif yang sering dilakukan oleh orang ramai untuk berbuat demikian adalah tekan kekunci “Windows” dan “PrtSc” pada papan kekunci. Selain itu, tekan “Windows“, “Shift” kiri dan “S” untuk dapatkan sudut tepat sesuatu gambar itu tanpa perlu edit sebelum disimpan ke dalam folder.

Kini, anda boleh dapatkan gambar yang anda mahu hanya dengan menekan right click sebanyak dua kali pada tetikus anda dan pilih “Copy video frame“.

ss 1
ss 2
ss 3

Selepas itu, anda boleh terus tekan “Ctrl” + “V” ke platform lain seperti WhatsApp, Canva, Discord, Google Doc, Microsoft Word dan lain-lain dengan kualiti gambar yang sama dengan kualiti video.

Sehubungan dengan itu, Google sekarang sedang mengusahakan ciri sama yang dinamakan ‘Save video frame as…‘ supaya anda boleh mengubah tempat dan jenis fail gambar yang ingin disimpan.

Ciri ini dijangka akan berkuatkuasa pada Februari 2024 dalam versi Chrome 122.

Fungsi Google Chrome Ini Akan Mudahkan Proses Tangkap Layar

Anda juga perlu cakna bahawa fungsi ini hanya akan berkesan untuk video yang tersedia di Google Drive, YouTube dan lain-lain aplikasi milik Google yang mampu menyimpan video.

Berkaitan

  • Jualan PlayStation 5 Kini Melepasi 50 Juta Unit
  • Hanya Vaksin Sinovac Tersedia, Ini Cara Tempah Janji Temu Dos Penggalak Vaksin COVID-19 Melalui MySejahtera
  • Cepat Sambar Game Lawan Berharga RM219 Ini Sementara Masih Percuma
  • Twitter 'Down', Pengguna Di Pelbagai Negara Lapor Tidak Dapat Akses 'X'

Sumber: Android Police

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY