Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
twitter x

Twitter ‘Down’, Pengguna Di Pelbagai Negara Lapor Tidak Dapat Akses ‘X’

Diterbitkan Disember 21, 2023 ยท Dikemas kini Disember 21, 2023 oleh ariff bukhari

Platform media sosial X milik Elon Musk yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter mengalami gangguan di seluruh dunia yang berlangsung selama lebih daripada satu jam.

Punca kepada isu itu yang masih tidak diketahui menyebabkan pengguna daripada melihat ciapan di platform tersebut.

Malah platform berbayar X Pro, yang sebelum ini dikenali sebagai TweetDeck juga menghadapi isu yang sama.

Walaupun pengguna dapat mengambil bahagian dalam Spaces dan melihat pemberitahuan di Twitter, tweet telah hilang dari garis masa dan profil, menyebabkan ia tidak dapat dilihat.

DownDetector, alat pemantauan sesawang dilaporkan menerima lebih daripad 65,000 aduan daripada pengguna bermula kira-kira jam 9.10 malam (sekitar 1 p.m hari ini).

Screenshot 2023-12-21 161440

Gangguan utama terakhir di platform, yang masih dipanggil Twitter pada masa itu, berlaku pada awal bulan Julai lalu di mana pengguna menemui ralat “had kadar melebihi” dan “tidak boleh mendapatkan semula tweet”.

Musk kemudian menjelaskan bahawa kesilapan ini sengaja dicetuskan untuk menghentikan pengikis data yang meluas daripada platformnya.

Berkaitan

  • Maxis, TM Lanjutkan Perjanjian Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi Sehingga 2029
  • Jualan PlayStation 5 Kini Melepasi 50 Juta Unit
  • Cepat Sambar Game Lawan Berharga RM219 Ini Sementara Masih Percuma

Sumber: TechCrunch

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY