FUJIFILM Lancar Instax Mini 11 - Pra Tempah Pada Harga RM 388 Di Shopee

Menambahkan lagi siri kamera segera iaitu instax, FUJIFILM Malaysia hari ini melancarkan Instax Mini 11 yang membolehkan pengguna menikmati terus percetakan gambar dari kamera.

Kamera ini juga didatangkan dengan dua filem iaitu Blue Marble dan White Marble. Kedua-dua nya memaparkan corak marmar pada bingkai gambar. Filem Blue Marble didatangkan dengan saiz mini format, manakala bagi filem White Marble ia didatangkan dengan saiz square format.

instax mini 11

Kamera Instax Mini 11 dilengkapi dengan fungsi  ''Automatic Exposure'' di mana kamera dapat merasakan tahap cahaya ambien secara automatik apabila butang shutter ditekan. Ia juga mengoptimumkan kelajuan shutter dan output flash mengikut keadaan.

instax mini 11

Selain itu, kamera ini juga mempunyai fungsi ''Selfie Mode'' yang membolehkan pengguna menangkap mod swafoto dan sesuai untuk close up dengan cara menarik keluar bahagian hadapan kanta selepas menghidupkan kamera.

Badan kamera dihasilkan dengan reka bentuk yang menarik dan trendy. Dengan berat 239g, ia dikatakan lebih ringan dari model sebelumnya yang memudahkan untuk dibawa ke mana-mana. Pada bahagian belakang kamera, ia memaparkan logo jenama instax untuk kelihatan eksklusif.

instax mini 11

Tambahan lagi, Mini 11 tersedia dengan lima pilihan warna iaitu Blush Pink, Sky Blue, Charcoal Gray, Ice White dan Lilac Purple. Kameri ini dihadirkan dengan dua aksesori yang boleh ditukar pada butang shutter mengikut keutamaan pengguna.

Instax Mini 11 dilancarkan secara eksklusif di Malaysia melalui kedai rasmi Fujifilm di Shopee. Dijual pada harga RM 388 dan boleh melakukan pra tempahan bermula 15 sehingga 22 Mac 2020. Pembeli yang mendapatkan secara pra-tempah akan menerima Instax Mini DIY Kit yang bernilai RM 60 termasuk satu album foto, satu set pen, satu pelekat hiasan dan satu pita pelekat.