Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
apple instagram

Satu Lagi Foto Rakyat Malaysia Dikongsikan Apple Di Instagram

Diterbitkan Januari 18, 2020 ยท Dikemas kini Januari 18, 2020 oleh Syifa' Syakinah

Sebelum ini anda mungkin sudah melihat foto Dinny Aiman berjaya menarik perhatian Apple untuk berkongsikannya pada Instagram mereka. Kini tiba pula giliran seorang lagi rakyat Malaysia mendapat peluang yang sama.

Gambar seorang lelaki sedang memanjat pohon kelapa dengan latar belakang langit itu telah mendapat lebih dari 465,000 jumlah like di Instagram rasmi Apple.

featured apple

Pemilik gambar berkenaan yang dikenali sebagai Azmeer Iskandar adalah seorang anggota polis di Terengganu. Telefon pintar yang digunakan untuk merakam gambar berkenaan adalah peranti iPhone XR.

Sudah pasti bagi seseorang yang gemarkan ”mobile photography‘, perkongsian daripada syarikat terkemuka seperti Apple merupakan satu penghargaan kepada mereka. Anda mungkin mempunyai peluang yang sama seperti Azmeer dan Dinny, dimana selain gambar yang menarik, penggunaan hashtag #shotoniphone memainkan peranan penting bagi menarik perhatian Apple.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY