Rekaan yang terbaru ini menggabungkan unsur-unsur ilustrasi, reka bentuk grafik, fotografi, arca dan kaligrafi. Tambahan pula, reka bentuk edisi terhad ini dilengkapi dengan beberapa tema pra-pemasangan untuk menukar skrin jam dan membolehkan pengguna menambah gambar sendiri.
HONOR x Jacky Tsai
Jacky Tsai adalah seorang artis pop kontemporari terkemuka di dunia. Beliau mencipta dua rekaan edisi terhad untuk Honor Magic Watch ini. Dua rekaan ini dinamakan ''Floral Horse'' dan Shanghai Tang Cafe''.
HONOR x George Greaves
Dikenali dengan cetakan grafik dan ilustrator nya yang menarik, pereka yang berasal dari Bristol ini mencipta sebuah rekaan bagi jam pintar ini. Rekaan ini dinamakan ''The Palm Tree'' mengandungi unsur-unsur semula jadi.
HONOR x Wang DongLing
Wang Dongling adalah seorang pelukis dari China yang terkenal dengan lukisan kaligrafi mencipta sebuah rekaan bagi Honor MagicWatch 2. Rekaan jam ini mengandungi unsur-unsur kaligrafi dari tulisan cina yang menggunakan warna hijau.
HONOR x Giovanni Ozzola
Giovanni adalah seorang jurugambar yang menghasilkan tiga rekaan yang diberi nama sebagai ''One Day'', ''Old Walls'' dan ''Focus''.
''One Day'' adalah gabungan grafiti dengan pemandangan matahari terbit untuk menyatakan ketenangan dan semulajadi dalam kehidupan
Pada ''Old Walls'', Giovanni menceritakan melalui rekaan di mana dia memelihara bahagian dinding lama dengan lukisan. Giovanni berminat untuk meneroka
bagaimana orang dapat menceritakan kisah dan memelihara warisan dan pengalaman melalui trek di dinding.
Rekaan ''Ficus'' ini adalah hasil penerokaan ruang dan cahaya. Giovanni menangkap gambar daun dalam keadaan pengcahayaan yang berbeza, menambah depth dan dimensi kepada rekaan yang akhir.
Jam pintar ini tersedia dalam saiz versi 46mm dan 42mm untuk masa akan datang. Dengan tiga tali dari jenis yang berbeza, pengguna boleh membuat pilihan untuk digayakan dengan selesa. Skrin bagi jam pintar ini berukuran 1.39 inci AMOLED dan bateri pada jam ini dikatakan mampu bertahan selama 14 hari. Terdapat banyak ciri-ciri yang ada di jam pintar ini. Antaranya adalah kecergasan dan kesihatan.
Buat masa sekarang, harga bagi edisi terhad ini masih belum diumumkan lagi oleh HONOR Malaysia. HONOR MagicWatch 2 Charcoal Black dan Flax Brown boleh didapati pada harga RM 699 dan RM 749. Kedua-dua warna ini sedia dengan versi 46mm dan boleh didapati di HiHonor.
Berkaitan
- Samsung Malaysia Membuka Tempahan Eksklusif Samsung Galaxy Z Flip Dengan Harga RM 5,888 Pada Hari Ini Sahaja
- Boost Tawar Insurans Perlindungan Covid-19 Secara Percuma Kepada Rakyat Malaysia
- Kenapa Anda Perlu Pasang Dashcam & Cara Pasang SIPII SP200 DASHCAM
- Dapatkan Honor 20 PRO Dengan Potongan Harga RM 400 Sempena HONOR Intelligent Lifestyle Festival
- Model Mampu Milik ZTE Blade A5 2020 Mula Dijual Pada Harga RM 359
- HONOR Raikan Ulang Tahun Lazada Dengan Tawaran Istimewa Pada 27 Mac Ini
- Vivo Malaysia Dan Precious 10 Studio Menawarkan Promosi Pakej Fotografi Pra-Perkahwinan
- OPPO Tawar Hadiah Percuma Bernilai RM588 Sempena Lazada 12.12
- Redmi Note 7 Dan Siri Redmi Note 8 Tersenarai Dalam 'Global Top 10 Smartphones In 2019'
- Huawei Mate XS Akan Dilancarkan Secara Atas Talian 24 Februari Ini