Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme achievement 1

realme Capai Rekod Dengan 6 Pencapaian Pada Jualan Ulang Tahun Lazada

Diterbitkan Mac 31, 2020 oleh Syifa' Syakinah

Produk realme telah mencapai rekod yang memberangsangkan dengan 6 pencapaian buat tahun ini pada jualan ulang tahun Lazada baru-baru ini. Semasa tempoh jualan tersebut berlangsung, realme Malaysia telah menawarkan pelanggan dengan harga telefon pintar yang berpatutan.

realme

Telefon pintar realme 6 telah merangkul dengan tiga pencapaian sebagai :

  • Jualan terbaik No.1 bagi paparan telefon pintar 90Hz
  • Jualan tertinggi No.1 cip pemprosesan telefon pintar Helio G90T
  • Jualan tertinggi No.1 pengecasan pantas telefon pintar 30W 

realme

Selain itu, peranti realme X2 Pro turut mendapat tempat dengan mengekalkan sebagai telefon pintar No.1  Snapdragon 855+ yang habis dijual di Malaysia. Secara keseluruhan, menjadikan jenama realme dikenali sebagai ”Top 4 Best-Selling Smartphone Brand” dan ”Top 5 Best Selling Smartphone Brand” dari segi jualan dalam unit dan pendapatan jualan selama 24 jam pada hari tersebut.

realme

”Kami sangat bersyukur walaupun semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, kami dapat melancarkan peranti realme 6 menerusi dalam talian. Ia juga dapat sambutan yang lebih baik pada jualan dalam talian. Begitu juga dengan telefon pintar realme X2 Pro dan model yang lain.

Di kesempatan ini, realme Malaysia menyeru kepada rakyat Malaysia agar kekal berada di rumah selari dengan kempen kami iaitu #stayREALathome. Anda juga boleh mendapatkan produk kami menerusi dalam talian” kata Tiffany Teh, Pengurus Jenama realme Malaysia.

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY