Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

FUJIFILM instax mini LiPlay+ Dan X-T30III Kini Di Malaysia, Harga Bermula RM938

Posted on November 20, 2025

FUJIFILM kini melancarkan instax mini LiPlay+ dan FUJIFILM X-T30III untuk pasaran Malaysia.

instax mini LiPlay+

Kamera swafoto pertama dalam siri instax. Dengan peningkatan pada konsep yang menggabungkan bunyi dan imej, sambil mengekalkan reka bentuk hibrid yang membolehkan pengguna melihat pratonton gambar pada skrin LCD sebelum terus mencetaknya. Ia juga boleh digunakan sebagai pencetak telefon pintar melalui Bluetooth.

Ciri bunyi khasnya mampu merakam audio sehingga 10 saat dan menukarkannya kepada kod QR untuk dicetak bersama foto. Ciri instax Sound Album pula mampu himpunkan sehingga 10 imej yang terbenam bunyi ke dalam video gaya pembentangan slaid dan muzik latar. Dilancarkan bersama filem format mini baharu dengan tema Soft Glitter.

Pakej Soft Bundle untuk instax mini LiPlay+ ini dihadirkan dengan satu kamera dan satu pek filem kosong. Ia akan tersedia di Malaysia bermula 6 November 2025, pada harga RM938.

FUJIFILM X-T30III

Hadir dengan pemprosesan imej termaju dengan prestasi fokus auto. Juga dilengkapi sensor X-Trans CMOS 4 26.1MP digandingkan dengan X Processor 5 terkini dengan beratnya yang hanya 378g. Ia menampilkan kecekapan kuasa yang membolehkan sehingga 425 bingkai setiap cas.

Pemprosesan imej kali ini, dua kali ganda lebih laju berbanding model sebelumnya. Fokus auto pengesanan subjek yang dikuasakan AI, memastikan penjejakan pelbagai subjek yang boleh dipercayai. Ia juga menyokong rakaman video 6.2K/30P, 4K/60P dan 1080/240P.

Terdapat juga penstabilan imej digital yang meminimumkan gegaran kamera semasa rakaman video handheld. 20 simulasi filem termasuk REALA ACE dan NOSTALGIC Neg juga ditampilkan. Untuk penukaran gaya filem yang intuitif dengan tiga kedudukan boleh suai, Dail Simulasi Filem diwujudkan.

Didatangkan juga bersama tuil pemilih mod auto untuk penggambaran automatik dengan hanya satu sentuhan. Denyar pop-up terbina pula boleh digunakan untuk potret yang seimbang dalam cahaya malap. Kamera ini juga direka dengan monitor LCD 1.62-juta-titik boleh senget untuk komposisi yang fleksibel.

Sambungan wayarles ke pencetak siri Link FUJIFILM juga tersedia. Ia membolehkan cetakan terus merentasi semua format instax.

Ketersediaan

Badan X-T30III ini, akan tersedia di semua peruncit sah FUJIFILM Malaysia dan kedai dalam talian rasmi bermula 24 November 2025 pada harga RM4248 dan X-T30III Kit atau Lensa XC13-33mmF3.5-6.3 OIS pula akan tersedia pada 5 Disember 2025 pada harga RM4898.

Pelanggan early bird akan menerima hadiah istimewa bernilai RM1354, termasuklah Kad SD Lexar 64GB UHS-II (V60), bateri NP-W126S dan baucar lensa bernilai RM500 serta jaminan lanjutan 1+1. Tawaran ini akan tersedia selagi stok masih ada.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress