Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Kapal Gergasi Hyundai Jadi Pertama Yang Berlayar Di Lautan Tanpa Pemandu

Posted on Jun 10, 2022

Sebuah anak syarikat Hyundai, Avikus telah berjaya menjadi yang pertama di dunia dalam mengemudi kapal bersaiz besar secara berautonomi (autopilot) merentasi lautan.

Kredit: Avikus

“Bahtera” yang diberi nama Prism Courage telah berjaya menyempurnakan pelayaran bermula daripada Freeport, Texas dan melalui Terusan Panama sampai ke Terminal Boryeong LNG, Korea Selatan.

Pelayaran ini memakan masa selama 33 hari dan merangkumi jarak perjalanan sejauh 20,000 kilometer. Prism Courage berjaya menamatkan pelayaran berautonomi dengan bantuan teknologi HiNAS 2.0 daripada Avikus.

HiNAS 2.0 adalah sebuah teknologi navigasi  yang merangka laluan dan kelajuan optimum dalam sesebuah pelayaran. Teknologi ini menggunakan bantuan kecerdikan buatan dalam mengenalpasti cuaca, keadaan ombak dan kedudukan kapal di persekitaran.

Contoh: Antara Muka Sistem Navigasi HiNAS 2.0

Justeru, sistem ini dapat mengemudi kapal Prism Courage dalam waktu sebenar dalam laluan yang paling efisien dan selamat. Teknologi kecerdikan buatan HiNAS 2.0 ini sungguh cekap dalam mengenalpasti kedudukan kapal hingga berjaya mengelakkan pelanggaran sebanyak 100 kali dalam pelayaran kapal ini.

Tambahan lagi, laluan optimum yang dirangka teknologi HiNAS 2.0 ini berjaya mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sebanyak 5% dan penjimatan minyak sekitar 7%.

Sumber: Avikus

Baca juga:

  • Saintis Temui Dunia Tersembunyi Di Bawah Ais Antartika
  • Modern Warfare 2 Hadir Tahun Ini, COD: Warzone Mobile Dalam Pembangunan
  • HBO Perlihat Gambar Dari Drama Adaptasi Permainan PS ‘The Last of Us’

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress