Football Republic E-League Cup Tawar Hadiah Keseluruhan Kejohanan Bernilai RM10 Ribu

Football Republic dan Gamesbond dengan bangganya mengumumkan satu berita baik buat semua peminat e-sukan dengan membawakan Football Republic E-League Cup yang menyaksikan Adidas sebagai salah satu penaja utama kejohanan ini.

Kejohanan ini akan dilangsungkan pada 23 dan 24 November 2019 ini bermula jam 9 pagi yang mengambil tempat di salah satu cawangan Football Republic di Blue Cube Oasis Boulevard, Sunway Pyramid.



Menawarkan hadiah keseluruhan sebanyak RM10 ribu, kejohanan ini memperlihatkan format 2v2, di mana pemain akan bermain "EA SPORTS FIFA 20" menggunakan Sony PlayStation PS4 untuk berlawan antara satu sama lain.

Untuk menyertai Football Republic E-League Cup , setiap pasukan hanya perlu membeli mana-mana produk Adidas di salah sebuah cawangan Football Republic. Tiada yuran yang akan dikenakan dan tiada juga caj minimum. Daftar di pautan ini dan sertakan lampiran resit pembelian produk Adidas tersebut.

Pelbagai hadiah menarik akan ditawarkan untuk semua peserta pada kejohanan Football Republic E-League Cup. Antaranya ialah :

Juara : RM 4000 + Baucar FR Adidas bernilai RM 1000

Naib johan : RM 2000 + Baucar FR Adidas bernilai RM 1000

Tempat ke-3 & 4 : RM 1000/pasukan + Baucar FR Adidas bernilai RM 500

Tempat ke-5 - 8 : RM 500/pasukan + Baucar FR Adidas bernilai RM 200

Tempat ke-9 - 16 : Baucar FR Adidas bernilai RM 200



2 pasukan teratas dalam kejohanan ini akan melayakkan diri untuk terus mara ke Nivea Men e-MYPadang 1v1 Grand Final yang akan berlangsung pada 30 November sehingga 1 Disember 2019.

Untuk dapatkan maklumat lanjut, sila rujuk terma dan syarat yang telah disertakan.