FINAS Gesa Kerajaan Pantau Netflix- Rupanya Ada Udang Disebalik Batu

Baru-baru ini pihak FINAS, menyuarakan pendapat dan menggesa kerajaan untuk memantau dan menyelia kandungan yang ditawarkan oleh servis penstriman digital seperti Netflix.

Isu ini disuarakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Ahmad Idham. Menurutnya, kenyataan tersebut dibuat selepas menerima keluhan dari ibubapa tentang kandungan yang tidak bertapis.
"Walaupun, penapisan bukan dibawah bidang kuasa FINAS, tetapi kita memandang serius kepada isi kandungan berkenaan yang boleh memberi kesan negatif jika tidak dipantau dari sekarang.

Kita mengambil pendekatan untuk mengawal kandungan filem dan rancangan televisyen tempatan tetapi di peringkat antarabangsa masih lagi terbuka."

Kenyataan dari Ahmad Isham terus mendapat perhatian netizen yang kebanyakkannya mencemuh tindakan yang diambil oleh Ahmad Idham.





 

Netflix selepas itu memberi kenyataan balas terhadap isu yang disuarakan oleh FINAS dan bersedia untuk menambah butang 'skip sex' dimana pengguna diberi pilihan untuk melangkau ke babak seterusnya. Sebelum ini Netflix juga turut diperbahaskan kerana kandungan yang ditawarkan mempunyai unsur LGBT.

"Finas sentiasa akan mencari jalan terbaik untuk memperkasakan kandungan tempatan"




Harini pula tular di Twitter apabila satu gambar yang telah dimuatnaik pada September lepas menunjukkan terdapat kerjasama antara FINAS dan Aflix sebelum ini. Gambar ini telah mengundang kecaman dari pelbagai sudut yang mendakwa FINAS sengaja memburukkan Netflix untuk memberi ruang kepada Aflix.



Ramai netizen melontarkan rasa tidak puas hati terhadap isu yang dibangkitkan oleh FINAS. Netflix merupakan satu servis berbayar, dan tiada paksaan dibuat kepada golongan ibubapa terutamanya untuk melanggan servis Netflix. Malah, di dalamnya turut dimuatkan dengan fungsi Parental Control dimana ia akan menapis kandungan yang lebih bersesuaian kepada kanak-kanak.

Ramai juga yang berkata sekatan terhadap servis internasional disengajakan semata-mata untuk memberi ruang kepada servis penstriman tempatan adalah tidak masuk akal. Karya-karya tempatan yang tidak bermoral hasil arahan dan penerbitan Ahmad Idham juga turut menjadi bahan perbualan



Tetapi pada pandangan saya sejujurnya, ini hanyalah strategi pemasaran Aflix semata-mata. Bak kata orang, publisiti murahan tetap publisiti dan kini ramai yang sudah mengenali Aflix.