(Festival 11.11) Dapatkan Model Kelas Permulaan Terbaik Huawei Pada Harga Kurang Dari RM 700

Beberapa hari yang lepas, kami ada melaporkan mengenai pelancaran telefon kelas permulaan terbaik Huawei, Y9 sempena Festival 11.11 esok. Namun, ketika itu masih belum ada harga rasmi dinyatakan.

Persoalan mengenai harga Huawei Y9 akhirnya terjawab apabila Huawei Malaysia telah mengesahkan bahawa model itu akan dipasarkan dengan harga RM 899.

Baca juga - Peranti Kelas Permulaan Terbaik Huawei Bakal Dilancarkan Pada 11.11 Ini



Bagaimanapun, pembeli boleh mendapatkannya dengan harga hanya RM 649 sempena 11.11 ini dengan menebus baucar khas di laman Shop.Huawei.

  • Rebat baucar RM250 dijual pada harga RM50

  • Rebat baucar RM160 dijual pada harga RM40

  • Rebat baucar RM90 dijual pada harga RM30


Dengan membeli baucer RM250 dari laman berkenaan, secara keseluruhannya pembeli hanya mengeluarkan bayaran sejumlah RM 699 (RM 649 + RM 50 bayaran baucar) sahaja untuk memiliki sebuah peranti Huawei Y9.

Tawaran untuk baucar ini hanya dibuka sehingga hari ini jadi jangan lepaskan peluang anda untuk berjimat sambil mendapatkan produk Huawei yang diingini, esok.