Fakta Menarik Papan Kekunci Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Dalam seharian kita menggunakan papan kekunci, tahukah anda bahawa terdapat beberapa fakta menarik tentang papan kekunci yang mungkin anda tidak pernah tahu sebelum ini.

1.  Space bar terpendek digunakan di Jepun


Jika lihat pada papan kekunci yang kita sedang gunakan, pastinya space bar merupakan kekunci yang paling panjang. Tetapi tahukah anda bahawa space bar di Jepun pendek dan tidak seperti kebiasaan papan kekunci. Ini kerana, papan kekunci yang mereka gunakan mempunyai kunci tambahan yang memudahkan mereka untuk bertukar daripada huruf Jepun kepada huruf roman/latin.


2. Lebih kurang 600,000 orang tekan space bar bersama anda


Dalam hasil sebuah kajian yang dijalankan, kekerapan huruf yang paling banyak gunakan ketika menaip papan kekunci adalah huruf 'E' iaitu sebanyak 11%. Namun nilai ini hanyalah mengambil kira bilangan huruf sahaja.

Tidak lengkap suatu ayat itu jika tidak mempunyai jarak. Setelah mengambil kira jarak antara kata, sememangnya space bar menjadi kekunci yang paling banyak ditekan iaitu sebanyak 18% hampir 2 kali ganda bilangan 'E'.

https://www.youtube.com/watch?v=pPXxhgdtcXs&ab_channel=Vsauce

Berdasarkan Vsauce daripada videonya, masa yang diambil untuk menekan space bar hanyalah 1/10 saat. Dalam masa yang singkat ini juga, hampir 600,000 orang didunia juga turut menekan space bar ini.

3. Bapa kepada papan kekunci moden


Papan kekunci  Model M merupakan papan kekunci IBM yang dicipta pada 1984. Papan kekunci ini mengasingkan semua kekunci nombor, kekunci fungsi dan anak panah.



Disebabkan pengasingan ini, ia dianggap efisyen dalam tujuan kerja. Oleh itu, ia menjadi rekaan kepada papan kekunci moden dan digunakan sehingga kini.

4. Susun atur papan kekunci Drovak


Orang pertama yang mempersoalkan susun atur papan kekunci QWERTY ini adalah August Drovak. Drovak menyatakan bahawa susun atur QWERTY terlalu banyak pergerakan jari.



Oleh itu, Drovak telah mencipta satu susun atur baharu yang lebih mudah dan mengurangkan pergerakan jari. Kebanyakan programmer dan penulis menggunakan susun atur ini. Namun, susun atur terbaik masih dalam perdebatan.

5. Monumen papan kekunci


Satu-satunya monumen papan kekunci didunia terdapat di bandar Yekaterinburg, Rusia. Monumen ini adalah papan kekunci terbesar yang dibina daripada batu. Penduduk di bandar ini akan membuat hajat dengan melompat atas papan kekunci ini.



Sebenarnya ada banyak lagi fakta menarik mengenai papan kekunci dan ini antara yang fakta yang kami boleh kongsikan.

Sumber: Keyshort

Baca juga:

Berkaitan