Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Fahami 5 Istilah Teknologi Yang Selalu Digunakan

Posted on November 4, 2025

Teknologi makin maju setiap hari tapi adakah kita betul-betul faham istilah yang sering disebut dalam berita atau ulasan teknologi?

Kadang-kadang bila baca artikel atau tonton video, ada perkataan teknikal yang buat kita terfikir, “eh, apa maksud dia ni sebenarnya?”

Jom kenali lima istilah popular dalam dunia teknologi dan maksudnya dengan cara yang mudah.

1. Cip Pemprosesan (CPU)

Menurut kamus DBP, CPU adalah singkatan bagi Central Processing Unit (Unit Pemprosesan Pusat). Ia juga lebih dikenali sebagai Cip Pemprosesan.

Cip ini akan menerima dan memproses arahan dari pelbagai aplikasi dan mengurus aliran data yang diterima.

Cip ini jugalah yang bertanggungjawab untuk semua sistem dan aplikasi di dalam peranti anda. Ia boleh diumpamakan seperti otak yang memproses segala input yang diterima.

Semakin berkuasa cip pemprosesan, semakin pantas dan efisien prestasi peranti anda.

2. RAM & ROM

RAM:

Singkatan bagi Random Access Memory atau Ingatan Capaian Rawak. Ini adalah ingatan sementara untuk data aplikasi yang sedang berjalan.

Bayangkan seperti meja kerja sementara — lagi besar ruang meja, lagi banyak kerja boleh dibuat serentak tanpa berselerak.

Lagi besar RAM peranti anda, lagi mudah untuk anda buka banyak aplikasi secara serentak tanpa lag.

ROM:

Singkatan bagi Read Only Memory atau Ingatan Baca Sahaja. Ingatan ini mengandungi data atau program yang tidak akan hilang walaupun tiada bekalan kuasa elektrik.

Seolah-olah almari simpanan, tempat semua aplikasi, gambar, dan fail disimpan walaupun peranti dimatikan.

3. IoT

IoT merupakan singkatan bagi Internet of Things atau menurut DBP, Internet Benda. Ia adalah apabila benda fizikal seperti jam, kereta atau peti sejuk mampu berhubung, berkongsi data antara satu sama lain tanpa perlu kawalan manusia.

Contohnya, jam tangan pintar yang menghantar data degupan jantung ke telefon anda.

4. Algoritma

Di dalam kamus DBP, definisi algoritma adalah cara penyelesaian masalah dengan melakukan jujukan proses atau peraturan yang ditentukan untuk mencapai matlamat atau objektif.

Ia seperti prosedur atau formula komputer untuk membuat sesuatu keputusan.

Contohnya, bila anda kerap tonton video jenis tertentu, sistem akan gunakan algoritma untuk cadangkan kandungan serupa selepas itu.

5. AI

Artificial intelligence atau kecerdasan buatan adalah teknologi yang membolehkan mesin berfikir dan membuat keputusan sendiri. DBP mendefiniskannya sebagai kajian yang membolehkan mesin melakukan fungsi yang biasanya dikaitkan dengan kecerdasan manusia, seperti penaakulan dan pembelajaran.

Sebagai contoh, dalam algoritma TikTok, AI akan fahami corak, jenis serta gaya kandungan yang anda suka dan meramal kandungan yang anda mungkin suka seterusnya berdasarkan data yang ada.

Dengan adanya AI dalam algoritma, TikTok dapat menampilkan kandungan yang lebih baik kepada anda berpandukan data yang lebih terperinci.

Sebab itu “For You Page” sentiasa terasa tepat dengan minat anda.

Sebagai pengguna teknologi, ia sangat penting untuk anda mengetahui sedikit sebanyak istilah perkataan yang digunakan di dalam bidang ini.

Dengan itu, anda bukan sahaja tahu guna peranti, tapi juga faham apa yang berlaku di sebalik teknologi yang anda gunakan setiap hari.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress