Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Teknologi AI Google Bantu Penyelidik UKM Cari Penawar Melioidosis

Teknologi AI Google Bantu Penyelidik UKM Cari Penawar Melioidosis

Diterbitkan Oktober 27, 2025 · Dikemas kini Oktober 27, 2025 oleh ariff bukhari

Google memperkenalkan pelbagai inisiatif AI di ASEAN, termasuk Malaysia, bagi memperkasa rakyat dan mempercepat pertumbuhan ekonomi.

Teknologi AI AlphaFold oleh Google DeepMind  telah menjadi alat penting bagi lebih 85,000 penyelidik di rantau ini.

Photo 1 – Su Ann Lim, Director of Government Affairs and Public Policy, Google Cloud (2nd person from the left), YB Tuan Gobind Singh Deo, Minister of Digital (middle), Wilson L. White, Vice President, Public Polic

Di Malaysia, para penyelidik menggunakan teknologi ini untuk mempercepat usaha mencari rawatan dan vaksin berkesan bagi melioidosis, sejenis penyakit berjangkit yang berbahaya.

Teknologi AI Google ini telah membolehkan penyelidik memodelkan struktur protein 3D yang kompleks dengan ketepatan yang belum pernah dicapai sebelum ini.

“Burkholderia pseudomallei ialah bakteria yang hampir mustahil dimusnahkan dan mampu bertahan dalam persekitaran ekstrem selama bertahun-tahun. Walaupun telah dikaji selama beberapa dekad, masih belum ada vaksin atau penawarnya. Dengan AlphaFold, kami akhirnya dapat melihat struktur proteinnya dan meneroka cara untuk melemahkan pertahanannya – satu langkah lebih dekat ke arah pembangunan rawatan yang berkesan.” Dr. Lam Su Datt, Pensyarah Kanan dan Penyelidik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Google.org menyalurkan AS$1.5 juta kepada TransitionZero untuk membangunkan alat AI bagi perancangan tenaga bersih, serta AS$5 juta untuk kesejahteraan digital belia.

Google turut memaklumkan, program AI Ready ASEAN telah melatih lebih 800,000 individu, dan platform AI Class ASEAN kini dimanfaatkan oleh 14,000 pengguna.

Malah di Malaysia, Gemini Academy telah melatih 31,000 pendidik, meningkatkan produktiviti bilik darjah melalui AI.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • 15 Satelit Yang Telah Dilancarkan Malaysia Ke Orbit Bumi Sejak 1996 - Bah. 1
  • UiTM Johor Dan Huawei Berhasrat Tubuh Akademi ICT

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY