Sebarang kesilapan yang dilakukan oleh Facebook kini semakin diambil serius walaupun sebelum ini ianya langsung tidak diambil peduli. Terbaru, mereka telah didesak untuk memohon maaf atas kegagalan mereka untuk menyekat kiriman berbaur kebencian seperti perkauman serta penderaan kanak-kanak.Seorang wartawan penyiasat yang sedang menyamar mendedahkan moderator bagi pihak Facebook telah diarahkan untuk tidak menyekat kiriman sedemikian malah gagal dalam memberi tindak balas terhadap laporan yang dibuat oleh pengguna ke atas kiriman-kiriman tersebut.
Tambahan lagi, Facebook dikatakan memberikan layanan yang berbeza kepada kumpulan dan laman Facebook yang mempunyai hubung kait dengan kerajaan dan agensi berita di mana mereka lebih bebas dalam membuat apa jua bentuk kiriman.
Perkara ini menjadi persoalan kerana Facebook sebelum ini diminta agar melonggarkan sedikit sekatan dan kawalan mereka terhadap kiriman yang dibuat oleh pengguna. Ia sekaligus menimbulkan tanda tanya sama ada mereka serius atau tidak dalam melaksakan polisi mereka.
Sumber
Berkaitan
- Instant Video Di Facebook Messenger Seakan Akan Snapchat
- Facebook Melaburkan Hampir $3 Billion Untuk Teknologi VR
- Pengguna Kini Boleh Gunakan Facebook Dating, Pencabar Terbaru Bagi Tinder
- Berhati-Hati Ketika Menonton Video di Facebook Selepas Ini
- Facebook Mahu Buka Hab Inovasi Di China
- Facebook Mungkin Mempamerkan Perkakasan Ciptaan Mereka Sendiri April Ini
- Facebook Akhirnya Benarkan Pengguna Android Untuk Hentikan Penjejak Lokasi, Begini Caranya
- Kini Facebook Live Boleh Di Layari Di Google Chromecast Dan Apple TV
- Facebook Stories Tidak Mendapat Sambutan, Jadi Facebook Pinjam Instagram Stories
- Rasmi - Facebook Rugi Lebih RM 400 Billion Dalam Masa Satu Hari