Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
fb zuck

Facebook Bakal Tukar Nama Syarikat

Diterbitkan Oktober 21, 2021 · Dikemas kini Oktober 29, 2021 oleh Aminuddin Ahmad

Kalau dulu “Facebook” hanya merujuk pada laman sosial, namun sejak beberapa tahun lepas, “Facebook” juga boleh dirujuk sebagai sebuah syarikat induk (Facebook Inc.) yang mempunyai anak syarikat seperti laman sosial Facebook, Instagram, WhatsApp, Oculus dan beberapa lagi.

The Verge melaporkan Mark Zuckerberg akan mengumumkan berkenaan pertukaran nama baru bagi syarikatnya, Facebook Inc. pada minggu hadapan dalam persidangan Connect yang berlangsung pada 28 Oktober ini.

Pengasingan jenama antara syarikat dan laman sosial dilihat akan meletakkan laman sosial Facebook tanpa mengelirukan orang ramai lagi.

Mark Zuckerberg pada Julai lalu memberitahu bahawa mereka kini bergerak ke arah mencipta sebuah ‘metaverse’ di mana semua pengguna akan bersosial secara maya dalam sebuah sistem yang dicipta mereka dengan mengoptimasikan teknologi VR dan AR.

Sebelum ini, Google telah menjadikan Alphabet Inc. sebagai syarikat induk dalam usaha memberi isyarat bahawa mereka bukan sekadar enjin carian namun juga mempunyai fokus terhadap teknologi kesihatan, kepintaran buatan dan lain-lain yang berkaitan teknologi.

Buat masa ini masih tiada maklumat berkenaan nama baru yang akan menggantikan Facebook Inc. walaupun dalam kalangan kepimpinan syarikat sendiri.

Sumber: The Verge

Baca juga:

  • Cara Untuk Membenarkan Hantaran Facebook Anda Dikongsi Oleh kesemua Pengguna
  • Instagram Bakal Uji Ciri Pemberitahuan Bila Berlaku Masalah Teknikal
  • Whatsapp Kini Lebih Selamat Dengan Ciri Baharu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY