Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article (78)

EV Pertama Xiaomi Tampil Dengan Dua Variasi: SU7 Dan SU7 Max

Diterbitkan November 17, 2023 · Dikemas kini November 17, 2023 oleh Muhd Idham

Syarikat Xiaomi yang terkenal dengan pembuatan dan pemasaran telefon pintar Android mereka kini kelihatan jelas menceburi bidang kereta elektrik. Kereta EV mereka dikenali dengan nama Xiaomi SU7.

Mereka meletakkan sasaran bagi produk terbaru ini hanya untuk pasaran kereta elektrik di China sahaja yang terdiri daripada dua variasi iaitu Xiaomi SU7 dan Xiaomi SU7 Max.

Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat di China telah menunjukkan serba sedikit gambaran bentuk kereta elektrik milik Xiaomi ini ketika syarikut itu hadir untuk memohon lesen jualan EV mereka.

EV Pertama Xiaomi Tampil Dengan Dua Variasi: SU7 Dan SU7 Max
Xiaomi SU7
SU7 Max
Xiaomi SU7 Max

Dengan kerjasama daripada kumpulan BAIC yang terletak di Beijing, kenderaan EV milik Xiaomi ini akan mempunyai rupa bentuk yang hampir sama di bahagian luaran tetapi berbeza di bahagian dalaman seperti teknologi bateri.

Dalam pada itu, model SU7 mampu bergerak dengan kelajuan 210km/j dengan berat 1,980kg. Manakala, model SU7 Max boleh mencapai kelajuan 265km/j dengan berat 2,205kg. Tambahan pula, EV ini akan tersedia dengan dua pilihan rangkaian kuasa iaitu RWD dengan motor 220kW dan AWD dengan motor 275kW + 220kW.

Screenshot 2023-11-16 164455

Berdasarkan gambar di atas, Xiaomi juga dijangka akan keluarkan model Xiaomi SU7 Pro dan buat masa sekarang tiada lagi info yang jelas tentang kehadirannya. Situasi yang sama juga untuk sistem pengendalian kereta EV ini di mana Xiaomi akan gunakan HyperOS atau cipta sistem terbaru yang khas untuk produk EV sahaja.

Berkaitan

  • Inilah Telefon "Tiga Tiga Sekupang" Versi Moden, Tahan Lasak Tapi Harga Tak Keras
  • Adobe 'Project Sound Lift' Akan Mudahkan Kerja Menyunting Audio
  • Ini Tawaran Istimewa Sempena Pembukaan Kedai PRISM+ Yang Kelima
  • iPhone 15 Mempunyai Kelajuan 5G Sehingga 54% Lebih Pantas Daripada iPhone 14

Sumber: Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY