Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article (73)

Adobe ‘Project Sound Lift’ Akan Mudahkan Kerja Menyunting Audio

Diterbitkan November 16, 2023 ยท Dikemas kini November 16, 2023 oleh Muhd Idham

Baru-baru ini, Adobe dilaporkan sedang mengusahakan satu alat audio baharu yang berkeupayaan untuk memisahkan pelbagai lapisan bunyi yang berbeza dalam satu video. Alat itu dipanggil “Project Sound Lift” dan dikuasakan oleh kecerdasan buatan Adobe.

Alat ini berperanan untuk mengesan bunyi audio bagi setiap trek yang anda pilih dan mengasingkan bunyi yang hingar atau rosak seperti tepukan, ketawa, penggera, ucapan, suara orang ramai mahupun bunyi keycap semasa anda menaip secara automatik.

Seterusnya, anda boleh import masuk trek tersebut ke dalam Adobe Primere Pro serta boleh mengubah kelantangan audio latar belakang dan audio utama secara berasingan.

Screenshot (18)
Project Sound Lift (Prototaip)
Screenshot (19)
Audio selepas diasingkan.

Namun, ini hanyalah gambaran yang diberikan oleh Adobe Sneak untuk para pengguna.

Kaedah teknologi yang sama juga telah diaplikasikan dalam pemulihan semula lagu pertama kumpulan Beatles: “Now and Then”. Masalah yang dihadapi oleh mereka pada waktu itu adalah suara John Lemon yang kedengaran sayu kerana tertindih dengan bunyi alunan piano yang terlalu kuat. Walau bagaimanapun, masalah itu dapat diatasi dengan bantuan daripada kecerdasan buatan dan gantian vokal dari Paul McCartney.

Berkaitan

  • Inilah Telefon "Tiga Tiga Sekupang" Versi Moden, Tahan Lasak Tapi Harga Tak Keras
  • KTM Komuter Kini Sokong Pembayaran Kad Debit, Ketahui Ini Sebelum Guna
  • Pemilik iPhone 14 Dapat 1 Tahun Lagi Akses Percuma Ciri Sambungan Satelit
  • Pengguna YouTube Premium Kini Boleh Cuba Dua Ciri Baharu Dengan Integrasi AI

Sumber: Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY