Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
EU iPhone USB-C

EU Tak Benar Apple Hadkan Kelajuan USB-C Pada iPhone Kelak

Diterbitkan Mei 5, 2023 ยท Dikemas kini Mei 5, 2023 oleh Amalina Athman

Pada Disember tahun lalu, Kesatuan Eropah (EU) telah menetapkan semua telefon pintar yang dijual dalam pasaran berkenaan, termasuk iPhone perlu menggunakan port USB-C. Walaupun mempunyai tempoh sehingga 28 Disember 2024, Apple dijangka akan beralih daripada Lightning ke USB-C menerusi pelancaran siri iPhone 15 kelak.

Berkaitan

  • Apple Dilapor Akan Hadkan Kelajuan Kabel USB-C Yang Tidak Diperakui MFi
  • Kuo: Pengecas USB-C Apple Hanya Sokong 20W Sahaja

Namun, terdapat ura-ura lain yang menyatakan Apple merancang untuk mengehadkan kelajuan pengecasan dan fungsi lain bagi kabel USB-C yang tidak diiktiraf di bawah “Made for iPhone” atau MFi.

Sama seperti Lightning, cip kecil yang terdapat pada port USB-C dikatakan akan mengesahkan ketulenan kabel USB-C yang disambungkan.

Sebagai respon kepada khabar angin tersebut, Pesuruhjaya Eropah Thierry Breton telah menghantar surat kepada Apple, di mana ia memberikan amaran kepada syarikat itu bahawa mengehadkan fungsi kabel USB-C tidak akan dibenarkan dan akan menghalang iPhone daripada dijual di pasaran berkenaan apabila undang-undang berkuat kuasa kelak.

Sebagai tambahan, EU juga dikatakan berhasrat untuk menerbitkan panduan untuk memastikan “tafsiran seragam” bagi undang-undang tersebut, menjelang suku ketiga tahun ini.

Mengambil kira undang-undang itu akan berkuat kuasa pada akhir tahun 2024, Apple masih boleh memasukkan cip dan mengehadkan kelajuan USB-C pada model iPhone 15.

Bagaimanapun, perlu ditekankan, potensi Apple mengehadkan fungsi kabel USB-C tanpa MFi hanyalah spekulasi dan belum disahkan sehingga kini. Dengan itu, tidak dapat dipastikan jika Apple benar-benar mempunyai rancangan sedemikian atau sebaliknya. Tambahan pula, iPad dengan port USB-C juga tidak mempunyai cip pengesahan bagi tujuan itu.

Sumber: MacRumors

Gambar utama: Forbes

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
  • Reddit Mula Uji Paparan Iklan Dalam Hasil Carian
©2026 WISER.MY