Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Epic Games Store Akan Dipasang Secara Terus Pada Jutaan Telefon Android

Epic Games Store Akan Dipasang Secara Terus Pada Jutaan Telefon Android

Diterbitkan Disember 13, 2024 · Dikemas kini Disember 13, 2024 oleh Rushsyafizal

Epic Games akhirnya mencapai impian besar mereka, kini Epic Games Store akan mula dipra-pasang pada jutaan telefon Android, termasuk peranti Samsung, hasil kerjasama strategik dengan Telefónica.

Telefónica, salah satu pengendali telekomunikasi terbesar di dunia, akan memuatkan Epic Games Store pada setiap telefon Android baharu yang serasi di UK, Sepanyol, Jerman, dan Amerika Latin. Kerjasama jangka panjang ini bakal memperkenalkan Fortnite serta kedai permainan Epic kepada jutaan pengguna baharu.

Ini adalah kali pertama Epic Games Store dipra-pasang pada peranti pengguna, menjadikannya pesaing langsung kepada Google Play Store.

Langkah ini susulan kemenangan Epic dalam kes mahkamah terhadap Google pada Disember lalu, di mana mahkamah mendapati Google menjalankan monopoli haram melalui kedai aplikasinya.

Walaupun Epic telah berusaha membawa Fortnite ke lebih banyak peranti sejak 2020, percubaan sebelum ini sering terhalang oleh kontrak atau sekatan dari Google. Telefónica sendiri bukan salah satu pengendali yang “dibayar” oleh Google, menjadikan kerjasama ini lebih signifikan.

Pra-pasang ini mungkin hanyalah permulaan. Epic berhasrat mengembangkan gedung dalam taliannya untuk merangkumi aplikasi selain permainan pada masa hadapan, membuka peluang lebih besar untuk menyaingi Google di pasaran Android.

Berkaitan

  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • Bantuan Subsidi FLYsiswa Dinaikkan Kepada RM400
  • 'The Lord of the Rings' Berharga RM49.99 Ini Sedang Percuma Untuk Masa Terhad
  • WhatsApp Tambah Baik Panggilan Audio Dan Video
  • Google Umum Android XR - Sistem Operasi Untuk Set Kepala, Cermin Mata Pintar

Sumber: TheVerge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY