Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Enjoy TV TV5 (1)

Enjoy TV5 Tidak Lagi Bersiaran Di MYTV Mulai Hari Ini

Diterbitkan Ogos 20, 2026 ยท Dikemas kini Ogos 20, 2026 oleh Amalina Athman

MYTV kini mengumumkan saluran Enjoy TV (TV5) tidak lagi bersiaran di platform MYTV mulai hari ini, 20 Ogos 2026.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu notis yang dikongsikan oleh MYTV Broadcasting, yang menyatakan saluran 105 Enjoy TV tidak lagi tersedia di platform tersebut bermula tarikh berkenaan. MYTV bagaimanapun tidak memberikan penjelasan lanjut mengenai punca penamatan saluran berkenaan di platformnya.

saluran 105 Enjoy TV TV5
Foto: MYTV Broadcasting

Enjoy TV5 sebelum ini merupakan saluran televisyen yang menampilkan pelbagai rancangan serta filem tempatan, selain kandungan hiburan dari Hollywood, Hong Kong, Singapura, Jepun, Korea Selatan, China dan Taiwan. Saluran ini mula menjalankan siaran percubaan (siaran rasmi) pada 10 Mei 2025 dan bersiaran selama 24 jam setiap hari menerusi MYTV.

Dengan pengumuman terbaharu ini, pengguna MYTV tidak lagi boleh mengakses siaran Enjoy TV5 melalui Saluran 105.

Dalam perkembangan lain, MYTV turut memperkenalkan saluran baharu, Siara TV, di platformnya sejak awal bulan ini. Saluran tersebut boleh ditonton menerusi Saluran 200 di MYTV.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • MYTV Mana-Mana Umum Hentikan Pelan Langganan Berbayar
  • RTM Tamatkan Siaran TV6 Bermula 1 Julai 2026

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY