Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
EndeavorRX

EndeavorRX Merupakan Permainan Video Yang Digunakan Sebagai Rawatan Perubatan Di Amerika Syarikat

Diterbitkan Jun 22, 2020 oleh Amalina Athman

EndeavorRX yang dibangunkan Akili Interactive merupakan permainan video pertama yang sah dipasarkan dan diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) Amerika Syarikat untuk tujuan rawatan perubatan.

EndeavorRX Merupakan Permainan Video Yang Digunakan Sebagai Rawatan Perubatan Di Amerika Syarikat

Permainan video ini digunakan sebagai rawatan terapi untuk merawat kanak-kanak berumur 8 hingga 12 tahun dengan Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD).

Akili mencadangkan kanak-kanak yang menghidap ADHD bermain EndeavorRX selama 25-30 minit sehari, lima hari seminggu untuk empat minggu. Terdapat lima misi yang perlu diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan.

Menurut syarikat itu, EndeavorRX dibangunkan untuk meningkatkan perhatian kanak-kanak dengan menggunakan algoritma yang boleh menyesuaikan permainan dalam masa nyata. Dengan algoritma yang digunakan, ia dapat melaraskan tahap kesukaran bergantung kepada kanak-kanak yang menerima rawatan.

“The treatment programmed into the game was scientifically designed to challenge a child’s attention during treatment, requiring attention and focus on multiple tasks at the same time,”

Permainan video ini boleh dimuat turun melalui peranti mudah alih. Namun, untuk bermain, ia memerlukan preskripsi dari doktor terlebih dahulu. Selain untuk penghidap ADHD, ia juga boleh digunakan sebagai terapi, program pendidikan dan sebagainya.

Buat masa ini, permainan video EndeavorRX  hanya diluluskan untuk penggunaan kanak-kanak.

Sumber: CNBC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY