Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
elon musk apple

Elon Musk Setuju Dengan Kandungan Anti-Semitic, Apple Hentikan Semua Iklan Di X

Diterbitkan November 18, 2023 oleh ariff bukhari

Berdasarkan laporan baru dari Axios, Apple sedang menghentikan sementara semua pengiklanan mereka di platform X.

Langkah itu dibuat Apple selepas laporan pada hari Khamis mendedahkan bahawa iklan daripada Apple dan syarikat lain dipaparkan bersama teori konspirasi sayap kanan dan kandungan anti-semitic.

Laporan daripada Axios yang memetik sumber tanpa nama mengatakan bahawa Apple “menghentikan sementara semua pengiklanan” pada X. Tiada butiran lanjut tentang berapa lama tindakan ini akan berlangsung.

Keputusan Apple itu juga dibuat selepas Elon Musk sendiri menyokong ciapan anti-semitic yang menuduh “komuniti Yahudi” menolak “kebencian dialektik terhadap orang kulit putih” pada hari Rabu. “Anda telah mengatakan kebenaran sebenar,” ciap Musk.

You have said the actual truth

— Elon Musk (@elonmusk) November 15, 2023

Keputusan serupa turut diambil IBM, yang mengumumkan rancangan untuk turut menghentikan sementara semua pengiklanan mereka di platform X pada hari Khamis lepas.

Laporan daripada Media Matters pada Khamis juga turut menyatakan bahawa iklan daripada beberapa syarikat dipaparkan bersama siaran yang mengandungi teori konspirasi sayap kanan dan kandungan antisemitik.

Laporan itu memetik contoh  termasuk iklan daripada Apple, IBM, Oracle dan banyak lagi.

Berkaitan

  • Lakukan Ini Segera Atau Kandungan Gmail Dan Photos Anda Dipadam Bermula 1 Disember
  • Naik Taraf Sistem Telefon Pintar Android Selesaikan Isu Hayat Bateri
  • Awasi 3 Tanda Ini, Akaun Gmail Anda Mungkin Telah Digodam

Sumber: 9TO5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY