Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
elon musk

Elon Musk Samakan Cip Implan Otaknya Dengan ‘Smartwatch’

Posted on April 26, 2022

Syarikat Neuralink milik lelaki terkaya di dunia, Elon Musk, sedang membangunkan satu usaha untuk mengatasi masalah kesihatan global melalui cip implan otaknya.

Terbaharu, Elon Musk menjemput pekerja jam tangan pintar yang mempunyai pengalaman dalam teknologi boleh pakai untuk datang bekerja untuk Neuralink dalam usaha baharu ini.

Menurut ciapannya di Twitter, orang-orang dari industri pembuatan jam tangan pintar atau telefon pintar dialu-alukan di Neuralink kerana kemahiran mereka sesuai dengan usaha syarikat itu.

If you’ve engineered or manufactured smart watches or phones, please join Neuralink! Your skills are directly applicable.

— Elon Musk (@elonmusk) April 24, 2022

Sebelum ini sudah terdapat banyak laporan mengenai usaha terbaru Neuralink untuk mengatasi obesiti morbid, serta tentang penggunaan implan otak untuk tujuan lain.

Menurut Elon lagi, masalah kejuruteraan dalam membangunkan peranti Neuralink serupa dengan tahap kerumitan jam tangan pintar.

It is an electronics/mechanical/software engineering problem for the Neuralink device that is similar in complexity level to smart watches (which are not easy!), plus the surgical robot, which is comparable to state-of-the art CNC machines.

No need for AI/ NN/ML quite yet.

— Elon Musk (@elonmusk) April 24, 2022

Difahamkan selain untuk mengatasi masalah obesiti morbid, cip implan otak Neuralink turut bertujuan untuk membantu otak berfungsi dan memulihkan mobiliti bagi penghidap paraplegia.

Terdahulu, syarikat Neuralink ditubuhkan oleh Elon Musk untuk membantu merawat orang yang mengalami masalah dalam otak dan saraf tunjang mereka.

Usaha itu juga selaras dengan matlamat mereka dalam menggalakkan mobiliti di dalam kalangan pesakit yang mengalami kecederaan atau situasi yang menjejaskan pergerakan mereka.

Sumber: Insider

Baca juga:

  • Elon Musk Jelaskan Kenapa Kereta Baharu Tesla Dah Tak Diberi Pengecas
  • Elon Musk Tawar ~RM182 Bilion Untuk Beli Twitter 100%, Nasib Jack Sweeney Jadi Tanda Tanya
  • Elon Musk Disaman Pelabur Twitter Kerana Lambat Umumkan Pemilikan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress