Elon Musk Jelaskan Kenapa Kereta Baharu Tesla Dah Tak Diberi Pengecas

Pada 17 April lalu, Elon Musk telah memutuskan Tesla Motors tidak akan memberi pengecas Mobile Connector untuk setiap pembelian kereta Tesla yang baharu bermula 17 April. Walau pun begitu, beliau menzahirkan pembeli boleh mendapatkan pengecas tersebut untuk pembelian yang berasingan daripada kereta Tesla.

Sementara itu, harga untuk satu unit pengecas Mobile Connector tersebut agak mahal kerana berada pada tanda harga USD400 (sekitar RM1,700). Akan tetapi, ciapan Elon Musk menjelaskan harga tersebut akan diturun kepada USD200 (sekitar RM850) berdasarkan maklum balas awam kepada pelaksanaan polisi tanpa pengecas Tesla itu.

https://twitter.com/elonmusk/status/1515577134437347329?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1515577134437347329%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Finsideevs.com%2Fnews%2F580762%2Ftesla-mobile-connector-eliminated-as-standard%2F

Selain itu, terdapat 2 sebab daripada Elon Musk disebalik pelaksanaan polisi baharu ini. Pertamanya, Elon Musk menyatakan statistik penggunaan pengecas Mobile Connector dikalangan pengguna sangat rendah dan ini merupakan satu pembaziran yang ingin diselesaikan beliau.

Di samping itu, Elon Musk menggunakan peluang ini untuk mengesyorkan pengguna untuk membeli Wall Connector daripada Tesla kerana ia merupakan penyelesaian yang baik mengikut kata beliau.

https://twitter.com/elonmusk/status/1515439697425805315?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1515439697425805315%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Finsideevs.com%2Fnews%2F580762%2Ftesla-mobile-connector-eliminated-as-standard%2F

Tambahan lagi, Elon Musk menyatakan pembeli Tesla di masa akan datang boleh mendapatkan Wall Connector dan memasangnya dirumah sebelum mendapatkan kereta baharu Tesla.

Kesimpulannya, memang sudah rasmi bahawa kabel pengecas tidak akan disertakan bersama untuk pemesanan baharu kereta Tesla. Besar kemungkinan polisi ini akan berkuatkuasa di pasaran lain juga.

Sumber: Inside EVs

Foto utama: electrek

Baca juga: