Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
twitter musk

Elon Musk Mahu Naikkan Had Karakter Tweet Kepada 4,000 Patah Perkataan

Diterbitkan Disember 14, 2022 oleh Aziah Zulkifli

Baru-baru ini seorang pengguna telah bertanya kepada Elon Musk mengenai kenaikan had karakter dalam tweet sehingga 4,000 patah perkataan. Jawapan daripada pemiliki baharu syarikat ini adalah ya.

Yes

— Elon Musk (@elonmusk) December 11, 2022

Namun begitu, sebarang maklum lanjut langsung tidak diberitahu olehnya selepas jawapan tersebut. Mungkin kelebihan ini tersedia hanya untuk pelanggan Twitter Blue sahaja.

Perubahan yang drastik ini akan mengubah cara pengguna memuat naik tweet mereka selepas ini. Jika ciri tersebut boleh diakses untuk semua pengguna, maka lebih kurang ‘bebenang’ yang dihasilkan oleh mereka apabila memuat naik apa-apa teks yang panjang.

Seperti yang sedia maklum, pengguna Twitter hanya dihadkan kepada 280 karakter sahaja. Pengguna juga hanya boleh memaparkan beberapa imej yang terhad menyebabkan perkongsian gambar dalam kuantiti yang banyak menjadi sukar.

4,000 had patah perkataan merupakan suatu perkara yang mustahil untuk pengguna biasa memuat naik teks sepanjang itu.

Berkaitan

  • Spesifikasi Rasmi Galaxy S23 Ultra Didedahkan, Tak Seperti Yang Dihebohkan
  • Sambar FIFA 23 Pada Harga Istimewa Dari Steam Dan Epic Games
  • Pertama Di Dunia, LG Perkenal Monitor OLED Berkadar Segar 240Hz
  • Redmi Note 12 Pro+ Akan Dilancar Pada Januari Depan
  • DJI Mini 3, Dron Berprestasi Terbaru Pada Harga Bajet

Ia seolah-olah membaca sebuah novel pendek atau teks panjang yang agak memenatkan untuk dibaca. Oleh itu, Elon Musk mungkin hanya bergurau sahaja dengan jawapan yang diberinya.

Tetapi, tiada siapa yang tahu apa yang difikirkan sebenarnya oleh pemilik Twitter yang baharu ini sejak pembeliannya pada hujung bulan Oktober.

Sumber: Twitter

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY