Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
mercedes

Tesla Kalah Dengan Kereta Konsep Elektrik Mercedes-Benz

Diterbitkan April 15, 2022 oleh Nadiah Ab

Semakin hari semakin banyak kereta elektrik yang kita lihat di pasaran. Termasuk Mercedes-Benz, yang baru-baru ini telah menguji sebuah kereta konsep elektrik terbaharunya yang dipandu sejauh 1,008 kilometer.

Apa yang menarik di sini, kereta tersebut dipandu dengan hanya sekali pengecasan bateri sahaja.

Syarikat Mercedes-Benz berkata kereta yang dinamakan Vision EQXX ini berhasil bergerak melebihi dua kali ganda jarak oleh kereta elektrik biasa sedia ada, yang biasanya hanya hingga 322 – 483km.

Ujian yang dilakukan turut mengatasi kenderaan berkuasa bateri yang paling canggih dan mahal di pasaran, termasuk Tesla sedan Model S.

mercedes kereta elektrik
Mercedes-Benz Vision EQXX. Sumber: Bloomberg

Tesla sedan Model S yang bernilai US$100,000 (~RM423,400), dinilai oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar untuk jarak perjalanan sehingga 652km sahaja.

Manakala yang terjauh sebelum ini ialah kereta model Lucid Air dari Lucid Motors yang boleh pergi sehingga kira-kira 837km.

Mercedez-Benz sebelum ini melancarkan Vision EQXX pada bulan Januari sebagai eksperimen untuk kecekapan.

Sepanjang 1,008km pemanduan, kereta konsep itu mengguna satu kWj (kilowatt-jam) untuk setiap 12km perjalanan. Kereta EV hari ini pula biasanya hanya mendapat 4-7km setiap kWj.

Walau bagaimanapun, Vision EQXX ini hanyalah sebuah kereta konsep yang pastinya tidak akan memasuki pasaran dalam masa terdekat.

Namun, Mercedes berkata beberapa pencapaian dari ujian ini akan dimasukkan dalam model yang dikeluarkan nanti.

Sumber: Bloomberg

Baca juga:

  • Pengeluar Kereta Elektrik Dari China Tewaskan Tesla Dari Segi Jumlah Pengeluaran Kenderaan Tahun Ini
  • Xiaomi Akan Pamer Prototaip Kereta Elektrik Pertama Pada Penghujung 2022
  • Dulu Antik Kini Elektrik, Volkswagen Menampilkan Van EV Terbaru

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY