Elon Musk Buat Hal, Jual Wisel Pulak Dah

Kita semua kenal Elon Musk, selain mengetuai syarikat SpaceX dan Tesla, beliau juga dikenali dengan menghasilkan produk-produk yang diluar jangkaan. Sebagai contoh, beliau menubuhkan The Boring Company yang pernah menghasilkan penyembur api. Mungkin pada masa beliau muda dahulu, beliau tidak dapat main benda-benda macam ini. Jadi bila dah dewasa dan berduit, barulah beliau berpeluang untuk lepas geram.



Kini, Mas Elon hadir dengan satu lagi idea uniknya iaitu untuk menghasilkan sebuah produk Tesla paling murah yang boleh dibeli, iaitu Tesla Cyberwhistle. Wisel untuk golongan kayangan ini mengambil inspirasi daripada rekabentuk kenderaan Tesla Cybertruck.

Ia juga dilabelkan sebagai 'premium collectible' di halaman produk mereka. Selain itu, wisel ini diperbuat daripada bahan keluli tahan karat yang mendapat pengiktirafan gred perubatan, bersama kemasan yang digilap. Bagi saya, rekabentuk ini sudah pasti menarik perhatian abang-abang besi diluar sana.





Namun, walaupun Cyberwhistle ini merupakan produk Tesla yang paling murah boleh dibeli, ia tetap kedengaran mahal sebenarnya. Wisel ini dijual dengan tanda harga USD50 (~RM210.22).

Walaupun begitu, fenomena Elon Musk ini sungguh hebat. Tesla Cyberwhistle ini sudah habis dijual sepantas kilat di halaman produk mereka. Jadi, jika anda berhasrat untuk membeli wisel ini, saya ucapkan semoga maju jaya untuk anda.

Tetapi, cerita belum habis disini. Elon musk juga sempat membahan Apple melalui halaman Twitter beliau. "Daripada beli kain lap Apple yang berharga RM99, baik beli wisel kami". Memang idola sungguh Abang Elon ini.

https://twitter.com/elonmusk/status/1465842137392680963?s=21

 

Baca juga: