Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lembu VR

Elak Rindu Suasana Padang Rumput, Lembu Dipakaikan Set VR

Diterbitkan Januari 12, 2022 oleh Amsyar Latif

Sebenarnya, teknologi yang kita gunakan hari ini tidak terhad untuk manusia sahaja tetapi lebih meluas kepada haiwan juga.

Saat manusia mula teruja dengan set kepala realiti maya (VR) untuk ke alam meta (metaverse) misalnya, lembu sudah pun menggunakannya.

Di Aksaray, Turki, petani menggunakan VR dan memakaikannya buat lembu ternakannya. Namun, perkara tersebut bukan dibuat suka-suka.

Lembu VR 2

Ini kerana pada musim sejuk, lembu-lembu ini tidak berada di luar untuk meragut rumput. Tambahan lagi, jika lembu tersebut tidak berada di padang rumput sebenar, susu yang dihasilkan akan berkurangan.

Dengan menggunakan VR, ia akan mempertingkatkan pengeluaran susu oleh lembu ternakan. Menurut Izzet Kocak, beliau mendapati pengeluaran susu meningkat sebanyak 27 liter apabila memakai VR berbanding 22 liter sekiranya tidak.

Selain itu, VR ini juga sebenarnya membantu emosi lembu, mengurangkan stress dan hasil yang diperoleh Kozak juga memberangsangkan.

Lembu VR 3
Kredit: Ministry of Agriculture and Food Moscow

Buat pengetahuan, cara ini bukanlah sesuatu yang baharu. Sebelum ini kajian pernah dilakukan di Moscow, Rusia di mana lembu ternakan yang dipakaikan VR dapat mempertingkatkan pengeluaran susu.

Sumber: nypost

Baca juga:

  • Prestasi Low-light Huawei P40 Pro+ Lebih Bagus Dari Huawei P50 Pro?

  • Lelaki Ini Miliki Lebih Daripada 2000 Unit Telefon Mudah Alih Pelbagai Model

  • Ini Gambar Beresolusi Tinggi, 49000MP Hajarul Aswad

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY