Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HAJARUL ASWAD

Ini Gambar Beresolusi Tinggi, 49000MP Hajarul Aswad

Diterbitkan Januari 12, 2022 · Dikemas kini Julai 8, 2022 oleh Amsyar Latif

Setiap tahun, mana-mana individu yang menunaikan Umrah atau Haji, pasti mahu menyentuh atau mencium Hajarul Aswad semasa tawaf. Namun, bukan mudah dan tidak semua berpeluang untuk berbuat demikian.

Oleh itu, bagi anda yang belum ada rezeki untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah, ini adalah masanya untuk anda melihat rupa Hajarul Aswad dengan jelas.

Hajarul Aswad 1

Hal ini kerana Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan gambar terbaru Hajarul Aswad yang beresolusi tinggi. Buat pengetahuan, gambar yang diambil itu menggunakan teknik stacked panaromic focus dan proses mengambil masa selama 50 jam dalam menggabungkan 1050 gambar untuk menjadikan sekeping gambar beresolusi 49,000MP.

Hajarul Aswad 3

Melihat kepada hasilnya, mungkin ada yang tidak sangka kerana kalau dilihat dari jauh atau gambar-gambar Google, ia tidak jelas dan warna hitam sahaja.

Hajarul Aswad 2

Akan tetapi apabila diteliti menerusi gambar beresolusi tinggi itu, warna sebenarnya hitam kemerahan. Menariknya lagi, ini adalah kali pertama gambar Hajarul Aswad yang beresolusi tinggi dan terperinci dikongsikan Arab Saudi.

Sebagai tambahan, Hajarul Aswad berbentuk bujur dan ia diletakkan setinggi satu setengah meter daripada lantai. Kerangkanya pula adalah daripada perak tulen untuk melindungi dalamannya.

Sumber: saudi gazette

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY