Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
eCCRIS Kini Guna Pengesahan ‘QR TOTP’, Ini Cara Aktifkan

eCCRIS Kini Guna Pengesahan ‘QR TOTP’, Ini Cara Aktifkan

Diterbitkan Oktober 21, 2024 · Dikemas kini Oktober 21, 2024 oleh Amalina Athman

Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini mengumumkan Kata Laluan Sekali Guna Berdasarkan Masa Respons Pantas (QR TOTP) akan menggantikan SMS OTP untuk tujuan log masuk akaun eCCRIS, berkuat kuasa 18 Oktober 2024.

Bagi membolehkan pengguna menerima QR TOTP dan log masuk eCCRIS, ia memerlukan prasyarat seperti berikut:

  • Peranti mudah alih yang menjalankan versi Android 6.0 atau iOS 4 dan ke atas ATAU
  • Microsoft Windows 10 atau versi lebih terkini, yang menggunakan pelayar Google Chrome, Microsoft Edge atau Mozilla Firefox dengan versi 125 dan ke atas
  • Muat turun aplikasi pengesah mudah alih (seperti Google Authenticator, Microsoft Authenticator dan lain-lain).

Setelah memenuhi prasyarat tersebut, ikut langkah di bawah untuk mengaktifkan QR TOTP.

Cara aktifkan QR TOTP

Sebelum itu, perlu diketahui bahawa arahan untuk mengaktifkan Pengesahan Pelbagai Faktor (MFA) mungkin berbeza mengikut aplikasi pengesah.

Berikut merupakan langkah-langkah mengaktifkan QR TOTP untuk log masuk akaun eCCRIS, menggunakan peranti mudah alih dan aplikasi pengesah Google Authenticator (muat turun di Google Play Store, Apple App Store):

1. Buka portal eCCRIS dan klik pada “Mengaktifkan MFA di Peranti Baru”.

2. Seterusnya, masukkan “User ID” dan klik “Teruskan”.

3. Sahkan imej dan frasa sekuriti, kemudian masukkan kata laluan > Log Masuk.

4. Di bahagian atas, klik pada tulisan bergaris hijau “Mengaktifkan MFA” dan kod QR akan dipaparkan.

Google Authenticator_eCCRIS2

5. Buka aplikasi Google Authenticator dan imbas kod QR. Jika tidak dapat diimbas, masukkan kod yang tertera seperti contoh di atas, ke dalam Google Authenticator untuk mengikatnya dengan akaun eCCRIS. Isi kod tersebut di bahagian “Your Key”, manakala “Account name” boleh diletakkan seperti eCCRIS atau yang berkaitan.

Google Authenticator_eCCRIS

6. Selepas berjaya menambah akaun pada aplikasi pengesah, buka akaun aplikasi pengesah. Salin kod yang dipaparkan pada Google Authenticator dan isi dalam ruangan QR TOTP di portal eCCRIS.

Google Authenticator_eCCRIS3

Untuk proses seterusnya, laksanakan langkah 6 setiap kali sistem meminta QR TOTP apabila log masuk eCCRIS.

Namun begitu, perlu diingatkan bahawa kod QR TOTP mempunyai tempoh masa dan pengguna akan diberikan kod baharu setelah tamat tempoh tersebut. Pastikan anda memasukkan QR TOTP terkini semasa log masuk eCCRIS.

Selesai. Itu sahaja tips untuk kali ini, semoga bermanfaat. Jika ada sebarang cadangan atau penambahbaikan, tinggalkan komen di platform media sosial kami.

Berkaitan

  • CCRIS Kini Boleh Didaftar Dalam Talian, Ini Langkahnya
  • Elak Imbas Kod QR Yang Mencurigakan - BNM
  • Cara Semak Laporan CCRIS Secara Dalam Talian
  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas

Sumber: eCCRIS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY