Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Malaysia Bakal Bergerak Kearah Perbankan Maya

Cara Semak Laporan CCRIS Secara Dalam Talian

Diterbitkan Mac 21, 2024 ยท Dikemas kini Mac 21, 2024 oleh Amalina Athman

CCRIS atau Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat dimiliki dan dikendalikan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memudahkan pengurusan risiko kredit di antara bank.

Laporan ini akan disediakan kepada institusi kewangan, peminjam (atas permintaan) dan agensi pelaporan kredit yang diluluskan (dengan persetujuan peminjam).

Secara ringkasnya, laporan CCRIS menyenaraikan sejarah pembiayaan dan pembayaran balik peminjam dalam tempoh masa 12 bulan yang lalu, seperti yang dilaporkan oleh institusi kewangan pemohon.

Bagi mengakses laporan kredit, ia boleh dilakukan secara dalam talian dengan bayaran RM1. Walaupun begitu, perlu diketahui bayaran tersebut hanya untuk pengesahan identiti sahaja dan akan dipulangkan semula secara automatik dalam tempoh dua hari bekerja selepas pendaftaran.

Daftar kali pertama CCRIS

1. Layari eccris.bnm.gov.my dan klik “Register Now” atau “Daftar Sekarang” untuk pendaftaran kali pertama. Tandakan “Ya, saya faham” dan tekan “Teruskan”.

Cara Semak Laporan CCRIS Secara Dalam Talian

3. Isi maklumat seperti nama penuh, alamat e-mel, nombor kad pengenalan, tarikh lahir dan nombor telefon. Kemudian leret untuk pengesahan dan tekan “Hantar”.

4. Semak maklumat yang diisi, tanda persetujuan pendaftaran untuk pengesahan dan sekali lagi klik “Hantar”.

Cara Semak Laporan CCRIS Secara Dalam Talian

5. Lakukan transaksi pembayaran dan setelah selesai klik pada “Proceed to First Time Login”.

Cara Semak Laporan CCRIS Secara Dalam Talian

6. Isikan nombor kad pengenalan > OTP/PIN 6-digit dan tekan “Submit”. Kemudian tetapkan ID pengguna dan kata laluan.

Cara Semak Laporan CCRIS Secara Dalam Talian

7. Langkah terakhir, tetapkan imej, frasa dan soalan keselamatan. Klik Submit > Back to home.

Cara Semak Laporan CCRIS Secara Dalam Talian

Cara semak laporan kredit CCRIS

1. Log masuk ke eCCRIS dengan menggunakan ID dan kata laluan yang telah ditetapkan. Kemudian masukkan OTP/PIN 6-digit.

2. Di bahagian Enquiry > klik Self Enquiry – Individual atau Carian > Carian Sendiri – Individu.

3. Tandakan persetujuan > tekan “Report Enquiry” atau “Carian Laporan” dan laporan kredit akan dipaparkan.

Cara Semak Laporan CCRIS Secara Dalam Talian

Selesai. Semakan ini boleh dilakukan pada bila-bila masa dengan log masuk ke eCCRIS.

Itu sahaja tips kali ini dan semoga bermanfaat. Tinggalkan komen jika ada sebarang cadangan atau penambahbaikan.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Elak Imbas Kod QR Yang Mencurigakan - BNM
  • Huawei MatePad Pro 13.2, Tablet Besar Dan Berkuasa Macam 'Laptop' Tapi Ringan
  • Ini Tiga Telefon Paling 'Trending' Dan Dicari-Cari Pada Tahun 2023

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY