Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
e-Skuter Toyota Ini Direka Khas Untuk Penduduk Jepun Yang Semakin Tua

e-Skuter Toyota Ini Direka Khas Untuk Penduduk Jepun Yang Semakin Tua

Diterbitkan Mac 29, 2023 oleh ariff bukhari

Syarikat pengeluar kenderaan nombor 2 terbesar di dunia, Toyota telah melancarkan e-Mobiliti terbaru bagi siri C+Walk iaitu C+walk S.

e-Skuter C+walk S  berodatiga ini dibangunkan Toyota dengan tujuan khusus bagi membantu penduduk Jepun yang semakin tua dan sukar untuk bergerak.

e-Skuter Toyota Ini Direka Khas Untuk Penduduk Jepun Yang Semakin Tua

Toyota menerusi penyelidikannya mendapati, individu yang berumur lebih daripada 75 tahun akan mula mengalami masalah pergerakan hanya selepas berjalan sejauh 328 kaki 100 meter sahaja.

Ini bermakna nisbah golongan berumur 75 tahun yang keluar rumah adalah 10% lebih rendah berbanding peratusan golongan yang berumur 65 tahun.

e-Skuter Toyota Ini Direka Khas Untuk Penduduk Jepun Yang Semakin Tua

Ia direka bentuk supaya selesa digunakan di kawasan berjalan kaki, memudahkan perjalanan bersebelahan dan komunikasi dengan rakan pejalan kaki.

C+walk S juga dilengkapi dengan fungsi keselamatan pengesanan halangan yang membantu mengelakkan perlanggaran dengan halangan atau pejalan kaki di hadapan.

C+walk S akan mula dijual di pengedar kereta Toyota dengan harga bermula dari 498,000 Yen Jepun (RM16,677) dan akan turut ditawarkan di kedai sewa dan pajakan terpilih di Jepun bermula 20 Mac 2023.

Berkaitan

  • Catat Penurunan Langganan, Keuntungan Astro Merosot
  • Redmi Note 12 Turbo Diumumkan - Snapdragon 7+ Gen 2, 16GB RAM, Storan 1TB
  • Anak Muda Malaysia Tak Lagi Minat Untuk Beli Kereta - Beam

Sumber: Toyota

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY